





Badan Perhubungan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Sirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia. Majlis tersebut turut meraikan anak-anak yatim dari setiap 24 UMNO Bahagian di Perak dan juga rakan-rakan dari Media. YB Dato' Rosnah telah diwakili oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdri Nor Azita Abdul Rahman. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Negeri Perak telah menyampaikan sumbangan berupa kain batik dan pelikat serta duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Selaras dengan pelancaran Program Deko Bersama Puteri oleh Badan Perhubungan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak pada 8 September 2009 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor telah melaksanakan Program tersebut di peringkat Bahagian Ipoh Timor pada 13 September 2009.
Sebanyak dua (2) buah rumah telah dipilih iaitu sebuah rumah Warga Emas di Kg Kuala Pari dan sebuah rumah Warga Emas di Kg Tok Chendang. Puteri Ipoh Timor telah menyumbangkan keperluan dan barangan perhiasan seperti langsir, sarung kusyen, alas meja kopi dan meja makan, tikar buluh, frame gambar, balang kuih dan pelbagai jenis kuih raya.

Puteri berhasrat untuk meneruskan Program seumpama ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik untuk turut sama merasai kemeriahan menyambut Hari Raya. Sesungguhnya dengan bantuan yang tidak seberapa ini, sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan apa yang dikatakan "Rumahku Syurgaku'......


Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor bagi tahun 2009 telah ditetapkan oleh UMNO Bahagian untuk dijalankan secara serentak bersama sayap Wanita dan Pemuda pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Pelbagai acara seperti senaman poco-poco, tarian, musical chair, bola beracun dan sebagainya turut bersama-sama dilakukan oleh ahli-ahli Puteri dengan kanak-kanak di pusat tersebut. Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila diberi layanan mesra oleh puteri-puteri yang hadir memeriahkan program tersebut.
Puteri Ipoh Timor juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti beras, gula, milo dan sebagainya kepada pihak pengurusan bagi menampung keperluan mereka di dalam menjaga kanak-kanak di pusat tersebut.

Pada 29 Julai 2009 yang lalu, penduduk-penduduk Kg Seri Kinta merasa amat bertuah apabila telah dikunjungi oleh Datuk Bandar Ipoh, Ybhg Dato' Haji Roshidi Hashim bersama-sama dengan rombongan pegawai-pegawainya bagi bersama-sama membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang timbul di kampung tersebut.
Hasil kunjungan tersebut, banyak masalah yang dikemukakan oleh penduduk kampung dapat diselesaikan segera. Datuk Bandar Ipoh juga turut mengumumkan sejumlah RM50 ribu telah diluluskan untuk membina padang permainan kanak-kanak di hadapan sekolah agama rakyat di kampung tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat untuk menyambung semula kemudahan pengangkutan bas ke kampung itu yang terhenti sejak lapan tahun lalu.
Turut hadir di dalam kunjungan tersebut bagi pihak tuan rumah ialah YB Senator Dato' Azian Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Mohamad Raduan Kasim selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Zulkifli Abdul Hamid selaku Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Tanian Mohd Ali selaku Ketua UMNO Cawangan Kg Seri Kinta merangkap Pengerusi JKK Kg Seri Kinta, Puan Rosniza Ismail, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor serta ahli-ahli jawatankuasa JKK Kg Seri Kinta.
yang telah dicadangkan oleh UMNO Malaysia. Lebih kurang 200 orang peserta yang telah hadir yang terdiri daripada Ketua-ketua dan Timbalan-timbalan Ketua UMNO Cawangan berserta Ketua-ketua dan Naib-naib Ketua 3 Sayap Pergerakan UMNO Cawangan, Setiausaha-setiausaha UMNO Cawangan dan Ketua-ketua Penerangan UMNO Cawangan.
Parti. Segala pendapat yang diberikan akan dikumpulkan dan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Usul UMNO Bahagian untuk dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang akan diadakan pada 16 Ogos 2009.
Perhimpunan Agung UMNO 2008
Pilihanraya Kecil Bukit Gantang
Majlis Penyampaian Sumbangan Pendidikan Majlis Korban UMNO Bahagian 2008 Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian 2008 Kem Jatidiri Pewaris Bangsa di Nur Lembah Lenggong Program Nur Ramadhan Puteri Karnival 50 Tahun Merdeka Puteri Program Jatidiri Puteri Kawanku di Pangkor Rimba Kem