SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Monday, March 29, 2010

Juara Rakyat - Bulan Pelajaran Peringkat Parlimen Ipoh Timor

Pada hari Sabtu - 27 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari, Ipoh sekali lagi UMNO Bahagian Ipoh Timor telah berjaya melaksanakan Program Juara Rakyat buat kali ke-3 dengan temanya kali ini "Pelajaran". Sekretariat Pelajaran UMNO Bahagian Ipoh Timor yang merupakan Jawatankuasa Penganjur program kali ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Pari telah mengatur pelbagai aktiviti yang bercirikan pendidikan terutamanya melibatkan pelajar-pelajar serta ibu bapa.


Program bermula seawal pagi dengan pelbagai gerai dan pameran yang dibuka khusus untuk para pengunjung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Azian bin Osman, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor. Di dalam majlis tersebut, YB Dato' turut menyampaikan sumbangan Dermasiswa Yayasan Perak kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan boria oleh pelajar-pelajar Sek Keb Kuala Pari (SKKP).


Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor sekali lagi tidak ketinggalan turut mengambil bahagian di dalam menjayakan Juara Rakyat - Bulan Pelajaran ini. Puteri telah menganjurkan Pertandingan Membaca Teks Jawi dan Bahasa Inggeris yang telah disertai seramai 31 orang peserta dari murid-murid Tahap 1 dan 2. Puteri juga turut membuat Tayangan Amal Filem 'Laskar Pelangi' yang mengisahkan kehidupan anak-anak orang miskin dalam mendapatkan pembelajaran.


Khemah Puteri yang sejak awal pagi menjadi tumpuan kanak-kanak begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti pendidikan yang dikendalikan oleh ahli-ahli Puteri seperti Permainan Scrabble, Tayangan Video Pendidikan, Puzzle, Mewarna dan sebagainya. Selain itu, Puteri juga telah membuat jualan amal buku-buku dan majalah-majalah terpakai serta buku-buku aktiviti yang telah diterbitkan oleh Puteri sendiri.


Acara-acara yang turut mengisi Program Juara Rakyat ini antaranya adalah Demonstrasi Masakan oleh Wanita, Kuiz yang dikendalikan oleh Pemuda, Pertandingan Menghias Kereta, Program Motivasi untuk Calon-calon PMR, Slot Teknik Menjawab Soalan untuk Calon-calon UPSR dan pelbagai lagi.
Majlis penutup yang berakhir lebih kurang jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh Ybhg Dato Raduan Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Sajak '1Malaysia' oleh wakil pelajar dari SKKP.

Tuesday, March 9, 2010

PUTERI UMNO IPOH TIMOR NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING

Sempena Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Pertandingan Bola jaring Antara Puteri UMNO Bahagian-bahagian pada 7 Mac 2010 yang lalu. Sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Puteri UMNO Ipoh Timor telah menghantar sebanyak 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan berakhir lebih kurang jam 5.oo petang dengan menyaksikan perlawanan peringkat akhir di antara Pasukan Puteri Ipoh Timor (B) menentang Pasukan Puteri Parit. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Pasukan Puteri Parit dan sekaligus meletakkan Pasukan Puteri UMNO Ipoh Timor sebagai Naib Johan. Tahniah kepada Puteri-puteri Ipoh Timor....

Monday, March 8, 2010

JUARA RAKYAT PERINGKAT NEGERI PERAK DI SLIM RIVER


Bertempat di Tasek YDP Slim River, UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak bermula 5 hingga 7 Mac 2010. Pelbagai aturcara menarik telah disusunatur sepanjang 3 hari program berlangsung.

Manakala bagi setiap 24 UMNO Bahagian di dalam Negeri Perak ini, mereka telah diberi tugasan untuk menjayakan booth masing-masing dengan tema-tema tertentu yang telah ditetapkan bagi setiap 2 Bahagian yang digabungkan.

UMNO Bahagian Ipoh Timor dan Ipoh Barat telah diberi tema yang sungguh mencabar iaitu NGO & SWASTA. Akan tetapi, berkat usaha gigih kepimpinan kedua-dua bahagian untuk menjayakan program tersebut, booth ini telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori booth tercantik dan menarik. Syabas kepada kedua-dua bahagian.

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM RAMAH MESRA BAPA ANGKAT UMNO IPOH TIMOR



UMNO Bahagian Ipoh Timor merasa bertuah mendapat kunjungan seorang bapa angkat, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia) pada 02/03/2010 (Selasa) bertempat di D.O.R Kg. Temiang, Ipoh.