SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Thursday, July 30, 2009

LAWATAN TURUN PADANG DATUK BANDAR IPOH KE KAMPUNG SERI KINTA

Pada 29 Julai 2009 yang lalu, penduduk-penduduk Kg Seri Kinta merasa amat bertuah apabila telah dikunjungi oleh Datuk Bandar Ipoh, Ybhg Dato' Haji Roshidi Hashim bersama-sama dengan rombongan pegawai-pegawainya bagi bersama-sama membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang timbul di kampung tersebut.

Hasil kunjungan tersebut, banyak masalah yang dikemukakan oleh penduduk kampung dapat diselesaikan segera. Datuk Bandar Ipoh juga turut mengumumkan sejumlah RM50 ribu telah diluluskan untuk membina padang permainan kanak-kanak di hadapan sekolah agama rakyat di kampung tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat untuk menyambung semula kemudahan pengangkutan bas ke kampung itu yang terhenti sejak lapan tahun lalu.

Turut hadir di dalam kunjungan tersebut bagi pihak tuan rumah ialah YB Senator Dato' Azian Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Mohamad Raduan Kasim selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Zulkifli Abdul Hamid selaku Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Tanian Mohd Ali selaku Ketua UMNO Cawangan Kg Seri Kinta merangkap Pengerusi JKK Kg Seri Kinta, Puan Rosniza Ismail, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor serta ahli-ahli jawatankuasa JKK Kg Seri Kinta.

Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PENERANGAN DAN SESI DIALOG 'DERAF CADANGAN KONSEP PEMILIHAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO'


Biro Penerangan UMNO Bahagian Ipoh Timor telah mengadakan Majlis Penerangan dan Sesi Dialog mengenai 'Deraf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO' pada 27 Julai 2009 yang lalu bertempat di Dewan Taklimat, Tingkat 1, Bangunan UMNO Negeri Perak. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dari peringkat akar umbi terutamanya dari ahli-ahli di cawangan-cawangan mengenai konsep pemilihan yang telah dicadangkan oleh UMNO Malaysia. Lebih kurang 200 orang peserta yang telah hadir yang terdiri daripada Ketua-ketua dan Timbalan-timbalan Ketua UMNO Cawangan berserta Ketua-ketua dan Naib-naib Ketua 3 Sayap Pergerakan UMNO Cawangan, Setiausaha-setiausaha UMNO Cawangan dan Ketua-ketua Penerangan UMNO Cawangan.

Taklimat dan perbincangan deraf tersebut telah dikendalikan oleh Ketua UMNO Bahagian sendiri iaitu YB Senator Dato' Azian Osman. Pelbagai maklumbalas dan pendapat telah diterima dan ianya merupakan satu perbincangan yang baik dalam usaha memartabatkan Parti. Segala pendapat yang diberikan akan dikumpulkan dan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Usul UMNO Bahagian untuk dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang akan diadakan pada 16 Ogos 2009.

Usaha yang telah diambil oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian ini adalah satu langkah yang amat baik kerana ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi bukan sahaja telah diberi peluang untuk mengemukakan pandangan masing-masing tetapi juga diberikan kefahaman tentang Perlembagaan UMNO.

Sunday, July 26, 2009

PROGRAM B2R - BANTERAS RAGUT DAN ROGOL DI DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR

Puteri UMNO Ipoh Timor telah menghantar seramai 12 orang peserta untuk menjayakan Program B2R - Banteras Ragut & Rogol yang disempurnakan oleh YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Rombongan yang bertolak pada jam 6.30 pagi telah selamat sampai ke Dataran Merdeka lebih kurang jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan lebih kurang jam 9.15 pagi dengan sambutan ketibaan Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan nyanyian Negaraku, Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Lagu Puteri. Tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan sketsa pendek berkenaan kejadian ragut.

Di dalam ucapan alu-aluan oleh YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Sirlin selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, beliau telah memaklumkan bahawa Tabung B2R turut dilancarkan bertujuan untuk membantu keluarga mangsa-mangsa ragut dan rogol. Beliau turut menggesa ahli-ahli Puteri supaya mengambil langkah berhati-hati ketika berada di luar memandangkan jenayah ragut ini tidak mengenal usia.

YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di dalam ucapan perasmiannya turut memuji usaha Puteri UMNO Malaysia yang amat prihatin dalam membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah di dalam negara ini. Beliau juga menyeru masyarakat agar sama-sama berganding bahu dalam usaha membanteras jenayah ragut dan rogol yang sering menjadikan wanita sebagai mangsa. Beliau seterusnya melancarkan Tabung B2R yang telah berjaya mengutip sumbangan yang agak tinggi dari para dermawan yang hadir pada majlis tersebut.

Para peserta kemudiannya dilepaskan untuk acara 'walkabout' dan Puteri Ipoh Timor telah menyertai 'walkbout' dari Dataran Merdeka ke laluan LRT dan seterusnya ke Sogo. Para peserta 'walkabout' telah ditugaskan mengedarkan risalah-risalah yang mengandungi maklumat mengenai statistik kejadian ragut dan langkah-langkah menghadapi jenayah ragut dan rogol. Pelbagai acara turut dijalankan dalam program tersebut, antaranya Pertandingan Bola Jaring, Karaoke, Demonstrasi oleh Jabatan Bomba, Persembahan Artis Jemputan, Gerai-gerai Pameran dan Jualan oleh pelbagai agensi.















Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas dan berasa sedikit keletihan, tetapi ahli-ahli Puteri Ipoh berasa sangat gembira dan berpuashati kerana telah turut sama turun berjumpa dengan warga kota Kuala Lumpur dalam usaha menyampaikan maklumat untuk membanteras jenayah ragut dan rogol. Puteri Ipoh Timor akhirnya bertolak pulang ke Ipoh lebih kurang jam 4.00 petang.

Tuesday, July 21, 2009

PELANCARAN KEMPEN BANTERAS RAGUT & ROGOL - B2R


Dalam usaha menangani dan memerangi jenayah yang sering menjadikan golongan wanita sebagai mangsa, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melancarkan 'Kempen Banteras Ragut & Rogol' yang dinamakan Kempen B2R. Kempen ini akan dilancarkan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 25 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, semua ahli Puteri adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan kempen tersebut. Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sdri Ija (Penolong Setiausaha Puteri Bahagian) di talian : 0125657797.

Friday, July 17, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA KANGSAR

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor telah ditugaskan oleh Badan Perhubungan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak sebagai Wakil Perhubungan Puteri Negeri ke Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah sempurna dilaksanakan pada hari Jumaat - 17 Julai 2009 yang lalu. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Chandan pada jam 3.30 petang telah sempurna dirasmikan oleh YB Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar merangkap ADUN Bukit Chandan.

Di dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menyingkap serba sedikit sejarah penubuhan Puteri dan menyeru kepada semua ahli Puteri agar melakukan satu pendekatan yang berkesan dalam usaha mendampingi masyarakat terutamanya golongan muda. Beliau juga turut menyampaikan 'Selendang Putih' berserta dua buah puisi kepada setiap perwakilan sebagai satu simbolik perjuangan.
Puan Nurul Husna, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar membacakan puisi bersama dengan ahli-ahlinya.

Puan Rosniza bersama dengan Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor yang hadir sebagai wakil.

Mesyuarat berakhir lebih kurang jam 6.30 petang dengan bacaan puisi beramai-ramai oleh semua perwakilan yang hadir. Tahniah dan syabas kepada Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah selamat menjalankan persidangan mereka.

Sunday, July 12, 2009

KELAS MASAKAN SIRI 2 - CARROT CAKE & CHOCOLATE CUPCAKE




































Kelas Masakan Cupcake Siri 2 telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran lebih ramai peserta daripada Kelas Siri 1. Mungkin kerana melihat kejayaan rakan-rakan yang telah beransur mahir dalam membuat dan menghias cupcake. Resipi yang dipelajari dalam Kelas Siri ke-2 ini adalah cara-cara membuat Kek Karot dan Kek Cawan Coklat. Kelas Siri ke-3 akan diteruskan lagi dengan pelbagai resipi yang lain pula. Kepada ahli-ahli Puteri yang berminat, jangan lupa untuk hadir bersama-sama mempelajari pelbagai ilmu masakan ini.

Monday, July 6, 2009













Puteri Ipoh Timor mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli Puteri untuk menjayakan Program-program berikut :

SENAMROBIK PUTERI BERSAMA MASYARAKAT - 'Jom! Senam'
Setiap Ahad bermula 19 Julai 2009
jam 7.30 pagi di Perkarangan Dewan Org Ramai Kg Temiang anjuran Biro Belia dan Sukan Puteri UMNO Ipoh Timor

KELAS MASAKAN CUPCAKE SIRI KE-3

Ahad - 26 Julai 2009 jam 2.30 petang di No. 12, Jln Eden, Tmn Eden anjuran Biro Ekonomi Puteri UMNO Ipoh Timor


PROGRAM MESRA BERSAMA KANAK-KANAK SPASTIK - Puteri Prihatin

Sabtu - 1 Ogos 2009 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh anjuran Biro Kebajikan Puteri UMNO Ipoh Timor

PROGRAM DISCOVER ENGLISH AND READ - 'D.E.A.R Puteri'
Sabtu - 8 Ogos 2009 jam 9.00 pagi di Dewan Orang Ramai Kg Temiang anjuran Biro Pendidikan Puteri UMNO Ipoh Timor


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia, Sdri Mornee (05-2557076) di Pejabat UMNO Bahagian Ipoh Timor.

KELAS MASAKAN SIRI 1 - CHOCOLATE MOIST CAKE & CUPCAKE







































Kelas Masakan Siri 1 anjuran Puteri Ipoh Timor telah diadakan pada 5 Julai 2009 bertempat di kediaman Ketua Puteri Bahagian. Di dalam kelas siri pertama ini, para peserta yang terdiri dari ahli-ahli Puteri dan Wanita telah mempelajari teknik-teknik asas membuat kek cawan dan kek coklat.

Para peserta juga merasa sangat teruja apabila diberi peluang menghias sendiri kek-kek cawan dengan peralatan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Mereka telah menunjukkan bakat-bakat yang sekian lama terpendam dan pelbagai dekorasi yang telah terhasil dari kreativiti masing-masing

Kelas masakan ini akan diadakan selama 4 siri bermula dari teknik-teknik asas sehingga cara-cara membuat ising dan menghias. Ahli-ahli Puteri amat dialu-alukan untuk menyertai kelas ini memandangkan pelbagai ilmu masakan dapat dipelajari dari tenaga pengajar yang begitu berpengalaman.