SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Wednesday, December 24, 2008

MAJLIS KORBAN UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR

Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah, UMNO Bahagian Ipoh Timor telah mengadakan majlis korban di Kg Tok Chendang, Ipoh. Sebanyak 2 ekor kerbau dan seekor lembu telah disembelih pada hari tersebut. Ramai ahli-ahli UMNO Ipoh Timor yang hadir termasuk ahli-ahli Wanita, Pemuda serta Puteri dan mereka semuanya bergotong royong bersama-sama membantu menjayakan majlis tersebut. Daging korban kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk sekitar Parlimen Ipoh Timor.

MEMORI PUTERI IPOH TIMOR BERSAMA KAK WIZA

Tahun 2008 hampir menutup tirainya. Terlalu banyak kenangan bersama Kak Wiza sepanjang beliau menjadi Ketua Puteri dari 2004-2008. Program-program yang telah Puteri laksanakan bersama beliau akan tetap disimpan di dalam ingatan.
Begitu juga memori bersama Kak Yan, Kak Ana dan Kak Kam. Jasa kalian akan tetap kami kenang hingga akhir hayat.........

Monday, December 22, 2008

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI IPOH TIMOR 2008

Alhamdulillah..... Mesyuarat Perwakilan Puteri pada tahun ini berjalan dengan begitu lancar dan baik sekali. Walaupun tahun ini adalah tahun pemilihan, tetapi Puteri Ipoh Timor sekali lagi berjaya mengekalkan tradisi 'tiada pertandingan' sepertimana tahun-tahun pemilihan sebelum ini. Pertukaran tampok kepimpinan berlaku dalam suasana yang mesra dan penuh keakraban.
Namun, mesyuarat kali ini yang bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang menyaksikan tangisan airmata yang tidak henti-henti di kalangan yang hadir terutamanya ahli-ahli jawatankuasa kerana Sdri Wiza selaku Ketua Puteri 2004-2008 terpaksa meninggalkan Puteri kerana halangan faktor usia. Ramai yang tidak dapat menahan perasaan sebak ketika mendengar ucapan terakhir Sdri Wiza yang penuh dengan amanat dan nasihat.

Kepada jawatankuasa yang baru, tahniah diucapkan dan semoga segala pesanan mantan Ketua Puteri sentiasa diingati serta dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.