SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI









Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat tidak kira di mana berada. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalanraya dan doa kami semoga anda selamat tiba ke destinasi. Mohon maaf juga Puteri pinta di atas segala kesilapan dan dosa. Semoga bergembira di Aidil Fitri....

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PUTERI PERAK BERSAMA KETUA PUTERI MALAYSIA BERSERTA ANAK-ANAK YATIM DAN RAKAN MEDIA


Badan Perhubungan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Sirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia. Majlis tersebut turut meraikan anak-anak yatim dari setiap 24 UMNO Bahagian di Perak dan juga rakan-rakan dari Media. YB Dato' Rosnah telah diwakili oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdri Nor Azita Abdul Rahman. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Negeri Perak telah menyampaikan sumbangan berupa kain batik dan pelikat serta duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.


Monday, September 14, 2009

PROGRAM DEKO BERSAMA PUTERI

Selaras dengan pelancaran Program Deko Bersama Puteri oleh Badan Perhubungan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak pada 8 September 2009 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor telah melaksanakan Program tersebut di peringkat Bahagian Ipoh Timor pada 13 September 2009.

Sebanyak dua (2) buah rumah telah dipilih iaitu sebuah rumah Warga Emas di Kg Kuala Pari dan sebuah rumah Warga Emas di Kg Tok Chendang. Puteri Ipoh Timor telah menyumbangkan keperluan dan barangan perhiasan seperti langsir, sarung kusyen, alas meja kopi dan meja makan, tikar buluh, frame gambar, balang kuih dan pelbagai jenis kuih raya.

Puteri Ipoh Timor telah memulakan kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah terbabit lebih kurang jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 3.oo petang. Walaupun dalam keadaan letih berpuasa, Puteri merasa puas hati dengan hasil sentuhan kreativiti hiasan dalaman di rumah-rumah berkenaan. Tambahan pula apabila melihat Tuanrumah hampir menitiskan airmata apabila melihat rumahnya telah dihias cantik sempena menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal tiba.




















Puteri berhasrat untuk meneruskan Program seumpama ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik untuk turut sama merasai kemeriahan menyambut Hari Raya. Sesungguhnya dengan bantuan yang tidak seberapa ini, sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan apa yang dikatakan "Rumahku Syurgaku'......

Tuesday, September 8, 2009

Shopping Raya Puteri UMNO Ipoh Timor bersama Anak-anak Yatim & Fakir Miskin

'SHOPPING' RAYA PUTERI GEMBIRAKAN ANAK YATIM
Sumber Berita : Sinar Harian @ Perak (Khamis - 10 September 2009)

IPOH - Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor mengadakan Program 'Shopping' Raya Puteri Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin bagi membantu golongan ini membuat persiapan AidilFitri. Tanggungjawab sosial ini diadakan bagi membantu dengan tujuan tidak mahu golongan berkenaan berasa tersisih dan dapat menikmati suasana AidilFitri dengan sempurna.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor, Rosniza Ismail berkata, atas tanggungjawab itu pihaknya menjemput 95 orang kanak-kanak iaitu anak-anak dari Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Ipoh, anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin memilih sendiri pakaian mereka menyambut AidilFitri.

"Mereka dibawa membeli belah di salah sebuah pusat pakaian pada sebelah paginya untuk memilih pakaian yang disukai dan selepas itu majlis penyerahan pakaian terbabit diadakan", katanya kepada Sinar Harian.

Turut hadir pada Majlis Penyampaian Pakaian Raya itu adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, YB Senator Dato' Azian Osman.

Rosniza berkata, sebelum ini pihaknya menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan harian tetapi tahun ini mengambil inisiatif lain dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

"Pada tahun ini, kita lihat pergerakan sayap dalam UMNO sendiri terutamanya Wanita menyalurkan keperluan asas itu dan Puteri memilih mendekati anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Insya-Allah pada tahun akan datang, kita akan anjurkan program kemasyarakatan seumpama ini untuk terus menabur bakti kepada golongan memerlukan demi memastikan nasib mereka turut terbela," katanya.

Selain itu, Rosniza berkata, Puteri bukan sekadar cabang politik UMNO semata-mata tetapi ia adalah pergerakan berprinsipkan generasi wanita prihatin.

"Kami mahu berikan perhatian kami kepada masyarakat terutamanya golongan muda dan ibu tunggal yang mempunyai anak-anak kecil. Kita berharap program ini akan dapat mendekatkan diri Puteri dengan masyarakat agar turut merasai segala pahit manis sebuah komuniti," katanya.