SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Wednesday, May 27, 2009

TAKZIAH BUAT DATO' AZIAN DI ATAS PEMERGIAN BONDA TERSAYANG

Al- Fatihah.....

Puteri Ipoh Timor merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada YB Senator Dato' Azian bin Osman di atas kembalinya bonda tersayang Allahyarhamah Bonda Halijah ke rahmatullah pada 27 Mei 2009 jam 12.30 tengahari. Sesungguhnya kehilangan bonda tersayang pastinya amat dirasai oleh YB Dato' apatah lagi kehilangan insan yang melahirkan beliau ini berlaku sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke 50.

Puteri mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....

Friday, May 22, 2009

ALHAMDULILLAH....DATO' SERI DR ZAMBRY KEKAL MB PERAK

Mahkamah Rayuan isytihar Zambry MB sah
Sumber Berita :

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara. Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu. "Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini. Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). - Bernama

Tuesday, May 19, 2009

HARI KELUARGA PUTERI IPOH TIMOR 2009 MERIAH

Pada hari Ahad - 17 Mei 2009 tepat jam 8 pagi, padang Taman DR Seenivasagam, Ipoh telah digegarkan dengan kedatangan dan keriuhan ahli-ahli Puteri Ipoh Timor bersama keluarga mereka bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga Puteri Ipoh Timor 2009. Program ini diadakan bertujuan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli-ahli Puteri tetapi juga di antara keluarga Puteri terutamanya sebagai penghargaan kepada suami-suami/anak-anak yang telah berkorban masa membenarkan isteri-isteri/ibu-ibu mereka melibatkan diri secara aktif di dalam Puteri.

Pelbagai acara menarik telah dijalankan yang merangkumi setiap kategori - lelaki dan perempuan dewasa, kanak-kanak dan keluarga. Antara acara tersebut ialah sukaneka, tarik tali, pertandingan mewarna dan sebagainya. Program pada hari tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot 'Hambuglar' oleh McDonalds.

Dalam kegembiraan Puteri menjalankan program tersebut, jauh di sudut hati ahli-ahli, perasaan sedih turut dirasai kerana ketiadaan Ketua Puteri, Kak Ros yang terpaksa menghadiri Kursus 'Retreat' Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Bukit Tinggi Pahang pada hari yang sama. Itulah pengorbanan yang terpaksa ahli-ahli Puteri lakukan apabila Ketua Puterinya telah ditempatkan dalam barisan kepimpinan Puteri Negeri. Namun begitu, kehadiran suami dan anak-anak Kak Ros telah sedikit sebanyak mengubat perasaan ahli-ahli.


Antara acara kanak-kanak - Pertandingan Mewarna dan Merebut Gula-gula


Antara Puteri yang hadir memeriahkan program

Sempena Hari Ibu juga, anak-anak Puteri yang hadir telah diberikan lukisan yang bertemakan Hari Ibu untuk diwarnakan dan dijadikan hadiah kepada ibu-ibu mereka. Dalam acara tarik tali, Puteri telah menunjukkan kekuatan yang luar biasa apabila mereka telah berjaya mengalahkan kaum lelaki.


Lukisan yang telah siap diwarnakan oleh anak-anak Puteri

Anak-anak Puteri sedang beratur menerima hadiah

Harapan Puteri agar melalui program seperti ini, hubungan Puteri akan terus diperkukuh dan dieratkan demi mengembalikan kekuatan Puteri agar terus dapat menyumbang bakti kepada anak bangsa.

Monday, May 18, 2009

GET WELL SOON.......ITA

Pada 7 Mei 2009 yang lalu, Sdri Laili Zunita yang merupakan AJK Puteri Bahagian telah dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri bagi menjalani pembedahan membuang 'cyst' di dalam rahim. Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil. Puteri Bahagian telah menziarahi beliau sehari selepas pembedahan tersebut dan sepanjang kunjungan kami, beliau kelihatan gembira dan bersembang seperti biasa cuma sesekali terpaksa menahan ketawa apabila diusik oleh rakan-rakan Puteri.

Puteri mendoakan agar Ita cepat sembuh dan kembali mengaktifkan diri di dalam Puteri. Gelak tawa Ita pasti akan dirindui oleh rakan-rakan Puteri.

SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA PUTERI...

Dalam kesibukan Puteri Ipoh Timor menjalankan dan menggerakkan aktiviti-aktivitinya, Puteri Ipoh Timor tidak pernah lupa untuk menghargai segala pengorbanan dan kesungguhan ahli-ahli Puteri terutamanya ahli jawatankuasanya yang telah memberikan sepenuh komitmen dan tenaga kepada Puteri selama ini.

Oleh itu, setiap bulan Puteri Ipoh Timor sentiasa meraikan sambutan harijadi ahli-ahlinya dengan mengumpulkan ahli-ahli yang menyambut harijadi dalam bulan tersebut sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada mereka di samping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya di kalangan jawatankuasa.

Sambutan Harijadi Kelahiran Januari di Ipoh Hainan Chicken Rice

Anak-anak Puteri yang turut hadir

Sedang enak menjamu selera

Ketua Wanita, Puan Maisarah turut hadir

Sambutan Harijadi Kelahiran April di Pejabat Bahagian

Semoga ikatan kekeluargaan di dalam Puteri akan terus subur demi kekuatan dan semangat Puteri untuk terus menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sunday, May 17, 2009

PUTERI IPOH TIMOR GIATKAN PROGRAM 'PUTERI PRIHATIN'


Selaras dengan moto Puteri - 'Generasi Wanita Prihatin', Puteri Ipoh Timor telah mengadakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan Puteri terhadap masyarakat yang ditimpa kesusahan tidak kira sama ada yang mengalami bencana alam, penyakit, kematian dan sebagainya.

Puteri Ipoh Timor melalui Biro Kebajikannya telah mengadakan beberapa kunjungan ke hospital dan juga rumah untuk menziarahi mereka telah terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit dan juga yang ditimpa bencana. Kunjungan Puteri ini sedikit sebanyak telah menggembirakan hati mereka dan dalam kunjungan tersebut juga, Puteri telah menyampaikan sedikit bantuan kewangan.

Antara kunjungan yang telah dibuat ialah menziarahi ibu kepada Sdri Suhana (AJK Puteri) yang menghidap kencing manis serta menjalani pembedahan ibu jari kakinya, menziarahi Encik Zolkaply yang mengalami sedikit kecederaan di muka akibat berlakunya kebakaran di rumahnya, menziarahi Encik Samsury, bapa kepada Sdri Maslini (Ahli Puteri Cawangan Cempaka Sari) yang menghidap darah tinggi dan kencing manis (Encik Samsuri telah meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke hospital dan Al-Fatihah untuk Allahyarham), menziarahi Sdri Maizura (Ketua Penerangan Puteri Bahagian) yang menjalani pembedahan akibat 'cyst' di dalam rahim dan menziarahi Sdri Farahana (AJK Puteri Bahagian) yang telah mengalami kecederaan akibat terjatuh dari motosikal setelah diragut.

Ketua Puteri Ipoh Timor, Sdri Rosniza sedang berbual dengan Ibu Suhana

Encik Samsury yang terlantar di hospital akibat darah tinggi dan kencing manis


Sdri Rosniza, Ketua Puteri Ipoh Timor bersama AJK Puteri Bahagian
menziarahi Encik Samsury di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
(Encik Samsury telah meninggal dunia beberapa hari selepas itu
dan bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham...)


Bahagian rumah Encik Zolkaply yang telah terbakar


Ketua Puteri Ipoh Timor, Sdri Rosniza menyampaikan bantuan kewangan kepada Encik Zolkaply


Puteri berharap akan terus mengadakan program kebajikan sebegini dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk mendekatkan diri ahli kepada masyarakat dan juga menanamkan sifat keprihatinan dan penyayang di kalangan ahli-ahli.

Tuesday, May 12, 2009

TAHNIAH KEPADA SDRI ROSNIZA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI NAIB KETUA PUTERI PERAK 2008-2011

Ramai Ketua Puteri dibarisi muka baru
Oleh Sazarina Shahrim sazarina@bharian.com.my

Pelantikan berdasar kebolehan, pengalaman

KUALA LUMPUR: Pengumuman barisan baru Ketua Puteri Umno negeri bagi sesi 2008/2011 kelmarin menyaksikan hampir semua muka baru mengetuai 13 negeri, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan. Mereka dikekalkan ialah Ketua Puteri Melaka, Mas Ermieyanti Shamsudin dan Ketua Puteri Negeri Sembilan, Norashikin Abd Rahman. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata, semua muka baru yang dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Walaupun kebanyakannya muka, tetapi mempunyai banyak pengalaman sebagai pemimpin. Saya berharap pengalaman dapat memperkukuhkan Puteri sebagai sayap Umno dan membentuk kepemimpinan yang baik seperti yang diinginkan pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Puteri Umno pertama di sini, semalam. Kebanyakan penyandang jawatan Ketua Puteri sebelum ini sudah melepasi had umur 35 tahun, sekaligus hilang kelayakan menyandang jawatan itu. Antaranya, Ketua Puteri Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Selangor, manakala Ketua Puteri Kedah, Shahanim Mohd Yusoff yang memenangi jawatan Naib Ketua Puteri pada Mac lalu melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan pada peringkat pusat.

Mengenai cadangan penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN), beliau berkata, Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang juga bendahari akan mempengerusikan jawatankuasa untuk memperincikan semua langkah bagi merealisasikan penubuhan Puteri BN.

INFO: Ketua dan Naib Ketua Puteri Umno Negeri- Negeri 2008-2011

Perlis - Ketua : Asmaiza Ahmad (Ketua Puteri Padang Besar)
Naib Ketua : Huzaini Abdul Hamid (Ketua Puteri Kangar)

Kedah - Ketua : Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Sik)
Naib Ketua: Hisham Suhaily Othman (Ketua Puteri Langkawi)

Kelantan - Ketua : Norwahida Patuan (Ketua Puteri Jeli)
Naib Ketua : Maznah Yaakob (Ketua Puteri Kota Bharu)

Terengganu - Ketua : Arfalinda Anuar (Ketua Puteri Kemaman)
Naib Ketua : Aziahwati Abdullah (Ketua Puteri Dungun)

Pulau Pinang - Ketua : Hafizah Othman (Ketua Puteri Tasik Gelugor)
Naib Ketua: Ida Moerni Zakaria (Ketua Puteri Bukit Gelugor)

Perak - Ketua : Salbiah Mohamad (Ketua Puteri Grik)
Naib Ketua : Rosniza Ismail (Ketua Puteri Ipoh Timur)

Pahang - Ketua : Siti Azma Izah Adnan (Ketua Puteri Kuantan)
Naib Ketua : Siti Norhayane Shahadan (Ketua Puteri Kuala Lipis)

Selangor - Ketua : Suhaila M Zin (Ketua Puteri Kota Raja)
Naib Ketua : Adrililza Mohd Abdan (Ketua Puteri Kelana Jaya)

Wilayah Persekutuan - Ketua : Sarina Syarif (Ketua Puteri Cheras)
Naib Ketua : Huzry Fionnawatty Hussein (Ketua Puteri Segambut)

Negeri Sembilan - Ketua : Norashikin Abd Rahman (Ketua Puteri Rasah)
Naib Ketua : Nor Amalina Abd Wahab (Ketua Puteri Tampin)

Melaka - Ketua : Mas Ermieyati Shamsudin (Ketua Puteri Masjid Tanah)
Naib Ketua : Siti Faizah Abd Azis (Ketua Puteri Jasin)

Johor - Ketua : Faraha Ismail (Ketua Puteri Mersing)
Naib Ketua : Rohaiza Ahmad (Ketua Puteri Pagoh)

Sabah - Ketua : Musliati Moslimin (Ketua Puteri Kota Kinabalu)
Naib Ketua : Zakiah Kalipunya (Ketua Puteri Semporna)


Sumber berita :