SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Sunday, May 17, 2009

PUTERI IPOH TIMOR GIATKAN PROGRAM 'PUTERI PRIHATIN'


Selaras dengan moto Puteri - 'Generasi Wanita Prihatin', Puteri Ipoh Timor telah mengadakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan Puteri terhadap masyarakat yang ditimpa kesusahan tidak kira sama ada yang mengalami bencana alam, penyakit, kematian dan sebagainya.

Puteri Ipoh Timor melalui Biro Kebajikannya telah mengadakan beberapa kunjungan ke hospital dan juga rumah untuk menziarahi mereka telah terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit dan juga yang ditimpa bencana. Kunjungan Puteri ini sedikit sebanyak telah menggembirakan hati mereka dan dalam kunjungan tersebut juga, Puteri telah menyampaikan sedikit bantuan kewangan.

Antara kunjungan yang telah dibuat ialah menziarahi ibu kepada Sdri Suhana (AJK Puteri) yang menghidap kencing manis serta menjalani pembedahan ibu jari kakinya, menziarahi Encik Zolkaply yang mengalami sedikit kecederaan di muka akibat berlakunya kebakaran di rumahnya, menziarahi Encik Samsury, bapa kepada Sdri Maslini (Ahli Puteri Cawangan Cempaka Sari) yang menghidap darah tinggi dan kencing manis (Encik Samsuri telah meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke hospital dan Al-Fatihah untuk Allahyarham), menziarahi Sdri Maizura (Ketua Penerangan Puteri Bahagian) yang menjalani pembedahan akibat 'cyst' di dalam rahim dan menziarahi Sdri Farahana (AJK Puteri Bahagian) yang telah mengalami kecederaan akibat terjatuh dari motosikal setelah diragut.

Ketua Puteri Ipoh Timor, Sdri Rosniza sedang berbual dengan Ibu Suhana

Encik Samsury yang terlantar di hospital akibat darah tinggi dan kencing manis


Sdri Rosniza, Ketua Puteri Ipoh Timor bersama AJK Puteri Bahagian
menziarahi Encik Samsury di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
(Encik Samsury telah meninggal dunia beberapa hari selepas itu
dan bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham...)


Bahagian rumah Encik Zolkaply yang telah terbakar


Ketua Puteri Ipoh Timor, Sdri Rosniza menyampaikan bantuan kewangan kepada Encik Zolkaply


Puteri berharap akan terus mengadakan program kebajikan sebegini dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk mendekatkan diri ahli kepada masyarakat dan juga menanamkan sifat keprihatinan dan penyayang di kalangan ahli-ahli.

No comments:

Post a Comment