SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Wednesday, February 25, 2009

BUATLAH PEMILIHAN YANG BIJAK DAN TEPAT

SENARAI CALON EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGIKUT NOMBOR :

PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah
(02) Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai
(02) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(03) Zakiah Binti Kalipunya – Semporna

KETUA PUTERI
(01) Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju
(02) Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran
(03) Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara
(04) Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar
(05) Saarah Binti Ali Bashah – Seputeh
(06) Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau

NAIB KETUA PUTERI
(01) Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai
(02) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(03) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(04) Haslinda Binti Mohd Zerain – Ampang
(05) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani

AHLI JAWATANKUASA PUTERI
(01) Roselinda Binti Abd Jamil – Klang
(02) Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau
(03) Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu
(04) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
(05) Siti Fatimah Binti Amir – Setiawangsa
(06) Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan
(07) Hamizah Binti Abdollah Zawawi – Putrajaya
(08) Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat
(09) Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena
(10) Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun
(11) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(12) Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun
(13) Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar
(14) Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak
(15) Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar
(16) Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian
(17) Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu
(18) Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang
(19) Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang
(20) Azliza Binti Ahmad – Seputeh
(21) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(22) Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu
(23) Nashua Binti Fauzun – Segambut
(24) Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau
(25) Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang
(26) Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil
(27) Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa
(28) Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang
(29) Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal
(30) Faraha Binti Ismail – Mersing
(31) Zahida Binti Zarik Khan – Pandan
(32) Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu
(33) Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman
(34) Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah
(35) Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor
(36) Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat
(37) Hasrunizah Binti Hassan – Pontian
(38) Rina Binti Mohd Harun – Sepang
(39) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(40) Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan
(41) Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar
(42) Anita Binti Murad – Tenggara
(43) Julie Binti Sabran – Beluran
(44) Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut
(45) Herni Azura Binti Ghafar – Subang
(46) Seriwani Binti Sabtu – Setiawangsa
(47) Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah
(48) Huzry Fionnawatty Binti Hussein – Segambut
(49) Inahwyati Binti Jaini – Tenom
(50) Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru
(51) Wan Salwati Binti Abdullah – Seremban
(52) Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang
(53) Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan

Monday, February 16, 2009

PERTARUNGAN 3 BUKIT ????

"KUALA LUMPUR: Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, menawarkan diri melatakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan. Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini. -17/2/2009 BERITA HARIAN ONLINE-

Baru empat hari yang lepas SPR mengumumkan Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Bukit Gantang (P59) dan DUN Bukit Selambau (N25), hari ini kita dikejutkan pula dengan kemungkinan DUN Bukit Lanjan akan dikosongkan apabila ADUN PKR, Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan isu gambar bogel telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Apakah kita akan menyaksikan Pilihanraya Kecil DUN Bukit Lanjan pula? Jika benar kerusi ini akan dikosongkan, maka kita akan menyaksikan pertarungan di tiga (3) Bukit yang terletak di dalam negeri yang berbeza - Perak, Kedah dan Selangor.

Bagai diatur-atur, ketiga-tiga negeri ini yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang dalam PRU-12 bakal menyaksikan pilihanraya-pilihanraya kecil. Keupayaan BN sekali lagi akan diuji setelah mengalami kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Walau apa pun dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang, marilah kita seluruh warga UMNO amnya dan Puteri khususnya bersatu hati dan berganding bahu memastikan BN menawan kembali ketiga-tiga BUKIT ini.

Friday, February 13, 2009











KEPUTUSAN PRU 12 (8 MAC 2008)

Perak P59, N13, N14, N15
P59 BUKIT GANTANG

Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%
1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566
Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851

N13 KUALA SEPETANG

Jumlah Pengundi: 19,699
Peratusan Kaum: M: 59.96% C: 31.67% I: 8.34% L: 0.03%
1. Tai Sing Ng (PKR) (7,285)
2. See Tean Seng (BN) (6,721)
Majoriti: 564
Jumlah undi: 14,466
Peratus mengundi: 73.44%
Undi rosak: 460

N14 CHANGKAT JERING

Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd. Osman Mohd. Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334

N15 TRONG

Jumlah Pengundi: 10,908
Peratusan Kaum: M: 69.66% C: 20.10% I: 10.21% L: 0.03%
1. Datuk Rosli Husin (BN) (4,212)
2. Nor Azli Musa (Pas) (3,296)
Majoriti: 916
Jumlah undi: 7,681
Peratus mengundi: 70.42%
Undi rosak: 173

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, February 12, 2009

PUTERI PERAK IKRAR AKAN PASTIKAN BUKIT GANTANG DITAWAN OLEH BN

"Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau 7 April
13/02/2009 11:55am

PUTRAJAYA 13 Feb. – Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, hari penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac. - Utusan Online"

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang (P59) telah ditetapkan oleh SPR pada 7 April 2009. Puteri Perak keseluruhannya akan menumpukan seluruh tenaga untuk bersama-sama berganding bahu menawan hati rakyat Perak agar kembali kepada Barisan Nasional.

Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat bermula 5 Februari 2009 yang lalu telah banyak membuka mata rakyat bahawa Pakatan Rakyat terlalu mementingkan diri sendiri. Pakatan Rakyat sanggup menderhaka kepada Sultan, sanggup melakukan rusuhan di jalanan dan mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga mengenepikan Undang-undang asalkan dapat memenuhi kehendak mereka.

Harapan Puteri agar generasi muda dapat membezakan antara yang salah dan benar. Usahlah terpedaya dengan sandiwara Pakatan Rakyat yang terang-terangan tidak pernah sepakat. Kita dapat menyaksikan saban hari semenjak Pakatan Rakyat diwujudkan sehingga ke hari ini, pemimpin-pemimpin mereka sendiri sering bercakaran, bercanggahan pendapat dan pandangan, berlainan pendirian dan perjuangan.

Ayuh! Generasi Muda ..... andalah Pewaris Bangsa.... Penentu Hala Tuju Negara......buatlah pilihan yang tepat.




Tuesday, February 10, 2009

SEKADAR BERKONGSI PANDANGAN




Coretan Ketua Puteri....

Semenjak Negeri Perak ditawan kembali oleh Kerajaan Barisan Nasional pada 5 Februari yang lalu, pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak samada pengamal undang-undang, penganalisis politik mahupun individu-individu mengenai keputusan Sultan Perak tidak membubarkan DUN seperti yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat. Jika diambilkira pandangan pihak Pembangkang, sudah tentunya bagi mereka semuanya 'haram' kerana keputusan itu berpihak kepada Barisan Nasional tetapi jika keputusan tersebut menguntungkan mereka, sudah tentu ia menjadi 'halal' bagi mereka. Mereka lupa bahawa Tuanku juga pernah membuat keputusan yang memihak kepada mereka tatkala keputusan PRU 12 menyaksikan tiada satu pun parti di dalam Negeri Perak yang memenangi majoriti kerusi DUN ketika itu, BN - 28, DAP -18, PKR -7 dan PAS -6. Sekiranya Tuanku mencampuradukkan politik dalam membuat keputusan seperti yang didakwa oleh Pembangkang ketika ini, BN lebih layak untuk menubuhkan kerajaan pada masa itu kerana memenangi kerusi terbanyak.

Sebagai seorang pengamal undang-undang (ketepikan pegangan politik saya), sudah tentunya saya merasakan DYMM Sultan telah mengikut segala undang-undang yang diperuntukkan dalam negara ini. Saya terpanggil untuk menulis kali ini bukanlah kerana saya ingin memberikan pandangan saya kerana saya tahu apa pun yang dikatakan oleh saya, maklumbalasnya ialah "...emm!! dah orang UMNO, mestilah sokong...". Tetapi, saya ingin memaparkan pendapat seorang sahabat lama saya yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik yang saya kira amat baik untuk saya kongsi bersama. Begini pendapat beliau .............

"Jangan Pertikai DYMM Sultan Perak"
oleh : Madzlan Mohamad Husain

Sudah semestinya DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sudah menimbang setiap aspek sebelum membuat keputusan. Bagi saya, untuk mempertikai keputusan Tuanku dan kebijaksanaan beliau menafsir Perlembagaan Negeri adalah satu penghinaan kepada pengalaman dan keluasan akal fikiran Baginda, khususnya tatkala beliau sendiri adalah bekas seorang Ketua Hakim Negara.

Tanggapan bahawa Tuanku boleh diugut dan diperdaya oleh Dato' Seri Najib mahupun BN juga adalah satu penghinaan yang maha dahsyat memandangkan Baginda sudahpun memerintah selama 25 tahun dan cukup masak dengan "politik pengekalan kuasa" memandangkan sistem perajaan di Perak yg agak kompleks.

Negeri Perak mengamalkan sistem giliran dalam menabalkan Sultannya, dan YM Raja Dr Nazrin yang asalnya Raja Di-Hilir (4th in line) cepat "melompat" ke Raja Muda (2nd in line) adalah atas restu kerabat yang ada memandangkan "calon-calon" lain jauh lebih tua dan uzur daripadanya untuk menjejak takhta negeri Perak suatu hari nanti.

Jadi teori konspirasi yang dinyatakan amat sukar untuk ditelan dan dipercayai. Apatah lagi YM Raja Dr Nazrin juga seorang yang dikenali cukup intelek dan tajam akal-fikirannya, amat prihatin dengan kebajikan rakyat (contohnya apabila upacara perkahwinannya sendiri jauh lebih sederhana berbanding sesetengah artis 'fofular', malahan sesiapa yang ingin menaja iklan ucapan tahniah dinasihatkannya agar mendermakan saja wang tersebut kepada anak-anak yatim).

Adakah Sultan dan Raja Muda yang sebegini hebat dan bijak mudah diperdaya dan dimomok-momokkan? Mustahil ... silap-silap si penggugut yang disumpah 7 keturunan tak boleh jejak lagi ke negeri Perak.

Secara logiknya dalam situasi seperti di Perak ini akan berlaku krisis perlembagaan kerana, sebagaimana yg dihujahkan, Perlembagaan tidak memperuntukkan kuasa memecat MB. Tetapi MB pula sengaja tidak mahu memanggil sidang DUN sebab sedar undi tidak percaya boleh dilakukan ke atas beliau, sebaliknya meminta DYMM Tuanku membubarkan DUN. Tuanku mempunyai budi-bicara sepenuhnya untuk tidak membubarkan DUN kerana pilihanraya baru saja berlangsung tidak sampai setahun lalu - there must be a finality to this process even if the majority is so thin, jika tidak selama-lamanya kerajaan tidak boleh ditubuh dan beroperasi malahan kacau-bilau mungkin berlaku bila negeri tak berkerajaan. Takkanlah setiap kali "seri" (jumlah kerusi) begini maka salah satu pihak menuntut pilihanraya baru terpaksa diadakan - ini hanya akan membebankan rakyat dan negeri. Maka di sini DYMM Tuanku nampaknya memilih untuk

(1) menghalang sebarang krisis perlembagaan berlaku tatkala MB cuba bermain "tarik-tali" dengan sengaja mengelak undi tidak percaya di DUN;

(2) menggunakan budi-bicara Baginda untuk memilih seorang MB yg dianggap "command respect of the majority of the DUN" (termasuk 3 ahli DUN yg lompat) supaya kerajaan boleh ditubuh segera dan terus berkhidmat kpd rakyat; dan

(3) mengguna-pakai prinsip "natural justice" iaitu kuasa "to hire and fire" - siapa yg berkuasa melantik, dia jualah yang berkuasa memecat. Dakwaan bahawa DYMM Tuanku boleh melantik tetapi tak boleh memecat, walaupun bersandarkan tafsiran Perlembagaan yang agak kuat, menjadi dangkal dari sudut logik kerana tidak mungkin ada sesuatu "pekerjaan/jawatan" yang tiada peruntukan pemecatan. Memandangkan ada "gap/lacuna" di situ di mana kaedah pemecatan MB tidak dizahirkan dalam situasi seseorang MB sengaja menghalang undi tak percaya diadakan, maka tiada salahnya DYMM menggunakan prinsip 'natural justice' ini apatah lagi lantaran pengalaman luas Baginda dalam bidang perundangan.

Petikan daripada buku Baginda "Constitutional Monarchy" dgn jelas menyebut "Dalam keadaan biasa ..., tuanku tidak boleh meghalang pembubaran ..." - masalahnya Perak sekarang berhadapan dengan situasi yang "luar biasa" di mana MB sanggup bermain tarik-tali dgn DYMM Tuanku dalam menafsir Perlembagaan Negeri.

Maka petikan tersebut sekali lagi hanya bersifat akademik tanpa menghayati kebesaran dan kebijaksanaan DYMM Tuanku dalam mengatasi suatu konflik yg cukup tegang. Walaupun secara peribadi dan prinsip saya sendiri langsung tidak bersetuju dengan tindakan lompat parti dan cara BN beroleh ruang menubuh kerajaan di Perak, saya mempercayai dan menghormati sepenuhnya cara DYMM Tuanku membuat keputusan.

Kita orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya wajar bersyukur kpd Allah dan menjunjung kasih kpd DYMM Tuanku kerana bukan semua raja sebegini bijak dan ikhlas dalam memelihara kepentingan rakyat dan negeri. Mengapalah kita ingin mengikut jejak Amerika Syarikat yang menyerah kepada Mahkamah untuk memutuskan pemenang antara Bush dan Al Gore, sedangkan kita masih ada institusi raja yang mempunyai wibawa menyelesaikan konflik, bersesuaian dgn konteks Perlembagaan dan Undang2 Tubuh Negeri di negara kita sendiri. Wassalam. "

Saya menyeru kepada semua rakyat di Perak agar bersikap rasional serta matang dalam membuat penilaian. Sekiranya kita sebagai hamba kepada Al-Malik perlu berpegang teguh kepada Rukun Islam, maka sebagai rakyat di mukabumi yang mempunyai 'Ketua'/Pemerintah (Ulil-Amr), kita juga berkewajipan untuk mematuhi Rukunegara. Janganlah kerana taksub kepada sesebuah parti, maka kita hilang pertimbangan diri.

Sekian...
-Rosniza Ismail-
PAS HANYA PAK TURUT??
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
Utusan Malaysia 9 Februari 2009

Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin bersama barisan pemimpin pembangkang dari PKR, Pas dan DAP ketika mengadakan sidang media mengumumkan beliau tidak akan meletak jawatan seperti diarahkan oleh Sultan Perak.

Sebelum 1998, Pas dilihat sebagai parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak mahu menyokong UMNO. Berikutan itu, perjalanan Pas dalam arena politik sentiasa mendapat sokongan sehingga ia menawan kembali Kelantan pada 1990. Pada masa yang sama, ia menambah jumlah wakil rakyat di negeri-negeri lain.

Ketika itu Pas dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip. Ia selari dengan kata-kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya: "Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang".

Berdasarkan prinsip itulah Pas tidak pernah sama sekali menggalakkan penyokongnya menjadi ganas dalam menyelesaikan isu politik. Kepimpinan parti itu sentiasa memperingatkan mereka supaya menghormati undang-undang.

Malah dalam sesetengah situasi, Pas akan bersama-sama UMNO mempertahankan kedudukan raja-raja. Tetapi selepas 1998, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilahirkan melalui perasaan kebencian mendalam, Pas seolah-olah terseret sama mengikut jejak PKR. Sudah ada ahli-ahli Pas yang berani turun ke jalanan melakukan demonstrasi, mencerca dan memaki hamun UMNO seperti yang dilakukan oleh PKR. Apa yang berlaku di Kuala Kangsar, Jumaat lalu jelas membuktikan bahawa semakin ramai penyokong Pas dicemari 'virus' PKR.

Mereka terpekik terlolong di jalanan, bertempur dengan pihak polis dan merosakkan harta awam. Semua ini adalah perlakuan penyokong PKR yang kini menyerap kepada penyokong Pas. Lebih malang lagi, Pas kini terjebak dengan pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR dan DAP untuk menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah. Segalanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan Azlan Shah memperkenankan permintaan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak. Demi untuk melihat pembangkang terus berkuasa, Pas sanggup menjejaskan segala prinsipnya untuk mempertahankan raja-raja Melayu.

Tanpa mahu mempertimbangkan bagaimana arifnya Sultan Azlan Shah membuat keputusan sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Pas merelakan diri mereka dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk mengambil tindakan yang dianggap boleh menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Tidak kisahlah apa pun istilah pembangkang bagi menghalalkan tindakan mereka itu tetapi yang pasti, ia berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Sultan Azlan Shah.

Dalam keghairahan untuk menunjukkan kesetiaan kepada pakatan pembangkang biarpun mempunyai perbezaan ideologi yang cukup ketara, Pas seolah-olah terlupa bahawa Perak bukan negeri yang dimenanginya secara majoriti. Padahal Pas hanya menumpang kejayaan DAP iaitu parti yang menentang pelaksanaan hukum Islam - prinsip yang diperjuangkan oleh Pas sendiri.
Di Perak, Pas hanya memperolehi enam kerusi sedangkan DAP 18 kerusi. Walaupun Pas diberi penghormatan menjadi Menteri Besar tetapi semua orang tahu kenapa ia terpaksa dilakukan. Atas sebab itulah, selama ini Pas tidak pernah berbangga dengan kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Mereka lebih menghargai Datuk Azizan Abdul Razak di Kedah dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

Berdasarkan kedudukan itu, Pas seharusnya tidak begitu ghairah untuk menentang keputusan Sultan Azlan Shah sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP. Pas perlu memaparkan jati diri sebenar dan bukannya mengorbankan prinsip demi menjaga hati PKR dan DAP.

Pas harus memahami apa yang berlaku di Perak bukan sekadar berkisar soal kuasa politik sahaja. Lebih daripada itu, ia perlu memastikan segala titah perintah sultan dipatuhi dan bukannya diingkari.

Pas harus memahami, mereka adalah parti kedua terbesar orang Melayu selepas UMNO. Orang Melayu tidak boleh bergantung kepada DAP atau PKR dalam mempertahankan institusi dan kepentingan mereka selain kepada UMNO dan Pas. Tetapi kalau Pas sendiri 'mohon derhaka' dengan dilihat mengkhianati institusi Melayu, siapa lagi yang orang Melayu boleh harapkan?

Dalam menghadapi konflik di Perak ini, kepimpinan Pas perlu jelas dan tegas menyatakan pendiriannya. Jangan bersikap lidah bercabang. Jika Pas beranggapan apa yang dilakukan oleh pembangkang untuk membawa isu Perak ke mahkamah boleh menjejaskan institusi raja-raja maka mereka perlu menentangnya.

Pas perlu sedar tindakan mereka sekarang bukan untuk menegakkan keadilan atau untuk mengembalikan suara rakyat. Kalau itulah matlamatnya kenapa sejak awal lagi Pas terus bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan impian 16 September?

Malah dalam soal lompat parti juga, di kalangan pemimpin Pas sendiri menampakkan percanggahan dan seolah-olah berada dalam alam keliru. Lihat sahaja kenyataan Nik Abdul Aziz. Mursyidul Am Pas itu pada awal Mei tahun lalu menyokong undang-undang lompat parti digubal. Beliau menyifatkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'bukan manusia'. Namun pada 14 Mei, beliau mengubah pendirian dan menyokong pembangkang untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pakatan itu bagi membentuk kerajaan Pusat yang baru. Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat akan hanya menerima ahli Parlimen BN terutama daripada UMNO sekiranya mereka menyertai Pas.

"Ia terletak di atas orang politik, negara kita demokrasi cumanya bagi orang Melayu yang dulunya UMNO, kalau dia nak masuk Pas, bukan maknanya nak masuk Pas tapi balik asal, kerana orang Melayu ini orang Islam, Islam menetapkan dasar-dasar hidup."

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu bermakna beliau menyokong wakil rakyat melompat parti asalkan masuk Pas malah turut berkata, "Saya tidak boleh ganggu orang lain kerana ini negeri demokrasi, demokrasi yang sampai ke peringkat hilang kawalan agama, inilah masalah kekalahan UMNO." "Wakil BN masalahnya seperti yang saya katakan tadi, kita tidak boleh nak halang, sampailah pada peringkat nak buat undang-undang, kita lompat pun tidak boleh. Kami pernah bawa naik ke mahkamah masa di Kelantan dulu, kes wakil Semangat 46 masuk UMNO balik tetapi tiada apa-apa kerana memang hak untuk melompat parti terbuka di negara demokrasi."

Jika itulah hujah Nik Abdul Aziz, kenapa sekarang beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perak yang ditubuhkan oleh BN adalah sebuah "kerajaan yang haram"?

Adakah kerana wakil rakyat PKR dan DAP menyokong BN maka ia menjadi haram? Tetapi kalau wakil rakyat BN masuk pembangkang sehingga menumbangkan kerajaan BN ia dianggap "kerajaan yang diberkati"?

Oleh itu, dalam isu krisis politik di Perak, Pas yang sudah berusia 57 tahun harus memaparkan pendirian yang jelas. Janganlah terus menjadi keliru hanya untuk menjaga kepentingan politik bersama PKR dan DAP. Mungkin Pas berbangga kerana sikap itu tetapi jangan sampai mereka dianggap sebagai "pak turut" sahaja seperti mana yang ditafsirkan berlaku di Perak itu.

Thursday, February 5, 2009

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...........


Pembangkang mengata dulang paku serpih

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
zulkifli.bakar@utusan.com.my

MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.

Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.

Tuesday, February 3, 2009

KEMPEN DAFTAR AHLI PUTERI UMNO



Kepada geng-geng wanita muda yang berusia dari 18-35 tahun yang berminat untuk menjadi sebahagian dari sahabat-sahabat Puteri, daftarlah sekarang untuk menjadi ahli Puteri di laman web berikut :-

http://www.daftar.umno.org.my./


Panduan Mengisi Borang Secara Online :-

Lengkapkan maklumat diri anda seperti yang diminta.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli-ahli Puteri Ipoh Timor, lengkapkan Bahagian 1 seperti berikut :-

1. Negeri : Perak
2. Bahagian : Ipoh Timor
3. Cawangan : -
Pilih salah satu cawangan yang berdekatan dengan kediaman/tempat tinggal anda :
* Cempaka Sari
* Desa Cempaka
* Jalan Bendahara
* Jalan Dairy
* Jalan Pasir Puteh
* Jalan Sultan Azlan Shah Selatan
* Kg Kuala Pari Utara
* Kg Pasir Puteh
* Kg Sri Kinta
* Kg Tebing Tinggi
* Kg Tok Chendang
* Pekan Cendawan
* Pinji Bandar
* Pinji Tengah
* Pinji Utara
* Taman Anda
* Taman Shatin

Bahagian 2 : Kategori : Puteri


Sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi Sdri Mornee di Pejabat Urusetia UMNO Bahagian Ipoh Timor - 05-2557076 atau 05-2422242 atau e-melkan pertanyaan anda ke
puteri_ipohtimor@yahoo.com


Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, February 1, 2009

KECOH DI PERAK
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AMIZUL TUMIZAR AHMAD TERMIZI
Utusan Malaysia - 2 Februari 2009

IPOH 1 Feb. – Kecoh, kelam-kabut dan ‘genting.’ Itulah senario paling tepat untuk menggambarkan keadaan kerajaan negeri Perak hari ini. Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan lima kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini terumbang-ambing tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.

Kekecohan adalah berikutan status dua wakil rakyat, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dari kerajaan pakatan pembangkang itu - yang ‘hilang’ sejak 26 Januari lalu - sehingga tengah malam ini masih menjadi pertikaian. Ia berpunca daripada pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Changkat Jering dan Behrang pada pukul 5.45 petang.

Tidak sampai tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian. “Ia surat lama, tanpa tarikh yang saya dan enam ADUN PKR yang lain tanda tangan pada Mac tahun lalu (selepas menang dalam pilihan raya umum) Saya masih wakil rakyat Behrang.” Jelas beliau, surat itu mengandungi aku janji kesetiaan yang menyatakan bahawa jika mereka keluar dari PKR, mereka dengan sendirinya meletakkan jawatan sebagai ADUN. Mohd. Osman pula menegaskan, surat peletakan jawatan itu tidak sah kerana ditandatangani secara paksa dan dibuat pada Mac tahun lalu. Kedua-duanya bertegas akan mencabar kesahihan surat peletakan jawatan yang dinyatakan oleh Sivakumar itu.

Pada masa sama, khabar angin bertiup kencang mengatakan Timbalan Speaker, Hee Yit Fong yang juga ADUN Jelapang akan menyertai MCA. Rentetan daripada perkembangan ini difahamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan menghadap Sultan Perak esok dipercayai berhubung ‘pembentukan kerajaan negeri baru.' Pada masa yang sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga dikatakan akan ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi ‘mempertahankan kerajaan pimpinannya.’

Jika peletakan jawatan Mohd. Osman dan Jamaluddin itu sah, ia menyaksikan kerajaan negeri tinggal 30 kerusi DUN iaitu DAP (18), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(6) dan Pas (6) manakala BN pula kekal 27 kerusi DUN. Tetapi jika peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering dan ADUN Behrang itu tidak sah, sebaliknya mereka menyertai BN seperti dihebohkan, pakatan pembangkang kekal 30 tetapi BN bertambah kepada 29 kerusi. Sekiranya Yit Fong sah menyertai MCA, maka BN akan mengambil alih kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi iaitu 30-29.

Dalam kenyataan akhbarnya pada kira-kira pukul 6.15 petang ini, Sivakumar memberitahu, Mohd. Osman dan Jamaluddin yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepadanya di rumah beliau pada pukul 5.45 petang. “Surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN itu telah diterima berasaskan Artikel 35 (XXXV) Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak akan mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN N14 Changkat Jering dan N59 Behrang.

“Saya akan menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya esok (Isnin) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari seperti mana termaktub dalam Artikel 35 (5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” kata Sivakumar. Bagaimanapun, kira-kira tiga jam kemudian, Jamaluddin pula tampil memberi kenyataan kepada media dengan menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ADUN mahupun Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Berikutan kekecohan mengenai surat peletakan jawatan itu, Mohd. Osman dan Jamaluddin akan membuat laporan polis dan juga sidang akhbar khas mengenainya esok. Mohd. Osman, 57, yang merupakan ADUN Changkat Jering adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri. Jamaluddin, 52, yang juga ADUN Behrang pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri.

Rentetan kekecohan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Perak hari ini bermula apabila Mohammad Nizar memanggil mesyuarat tergempar dengan semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan pemimpin tertinggi PKR dan Pas, pagi ini. Mesyuarat itu bertujuan membincangkan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang yang sedang goyah terutama ekoran ‘kehilangan’ Mohd. Osman dan Jamaluddin sejak enam hari lalu.

Turut menyertai mesyuarat itu ialah ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai PKR. Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Mohammad Nizar menggesa kedua-dua wakil rakyat tersebut supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang itu.

Beliau yang gagal menghubungi kedua-dua wakil rakyat itu sejak Isnin lalu berkata, kerajaan negeri bersedia membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergolakan dalam kerajaan pembangkang itu semakin hangat diperkatakan apabila di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini turut mengulas mengenai kemungkinan dua wakil PKR Perak akan menyertai UMNO dan BN.

“Insya-Allah betul kot. Lima ka, 10 ka, 12 ka. Mereka nak masuk sebab mereka yakin UMNO sebuah parti yang membawa perjuangan yang mereka suka. Jadi, kita terimalah dengan baik,” jelas Perdana Menteri. Di Bukit Mertajam pula, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan apa yang berlaku di Perak dan Anwar mengakui masih belum dapat menghubungi Mohd. Osman dan Jamaluddin yang ‘hilang’ sejak enam hari lalu.

Perkembangan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang Perak menjadi lebih hangat apabila Sivakumar mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan kedua-dua wakil rakyat itu. Kenyataan akhbar itu dihantar kepada media menerusi faks oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak petang ini dan disiarkan oleh dalam berita stesen-stesen televisyen dan portal-portal berita malam ini.

Namun, perkembangan itu menjadi lebih kecoh dan rumit apabila Jamaluddin yang dihubungi pihak media menafikan telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang. Sehingga tengah malam ini, status kedua-dua wakil rakyat itu masih belum sahih. Mohd. Osman dan Jamaluddin menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Osman yang mendapat 9,411 undi menang dengan majoriti 1,102 undi menewaskan calon BN, Mat Isa Ismail. Jamaluddin pula menewaskan M. Ramasamy (BN) dengan undi 6,771 berbanding 5,744.