SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Showing posts with label Kunjungan Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Kunjungan Pemimpin. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

LAWATAN SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK KE PEJABAT URUSETIA UMNO BAHAGIAN















UMNO Bahagian Ipoh Timor merasa amat bertuah kerana menjadi Bahagian pertama menerima kunjungan YB Dato' Mohd Khusairi Talib selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak untuk program beliau yang dikenali sebagai 'SUPKEBA' - Setiausaha UMNO Perhubungan Turun Ke Bahagian. Beliau berserta rombongan dari Pejabat Urusetia UMNO Negeri Perak telah melawat sekitar Pejabat Urusetia UMNO Bahagian dan mengadakan majlis penerangan bersama kepimpinan bahagian. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YB Dato' Nadzri Ismail selaku Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Saudara Hamdan Taha selaku Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Senator Dato' Azian Osman, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor dan kemudiannya taklimat oleh YB Dato' Mohd Khusairi diikuti oleh YB Dato' Nadzri. Program menggerakkan ahli turut dilancarkan dalam usaha untuk memantapkan Parti khususnya di Negeri Perak.

Thursday, July 30, 2009

LAWATAN TURUN PADANG DATUK BANDAR IPOH KE KAMPUNG SERI KINTA

Pada 29 Julai 2009 yang lalu, penduduk-penduduk Kg Seri Kinta merasa amat bertuah apabila telah dikunjungi oleh Datuk Bandar Ipoh, Ybhg Dato' Haji Roshidi Hashim bersama-sama dengan rombongan pegawai-pegawainya bagi bersama-sama membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang timbul di kampung tersebut.

Hasil kunjungan tersebut, banyak masalah yang dikemukakan oleh penduduk kampung dapat diselesaikan segera. Datuk Bandar Ipoh juga turut mengumumkan sejumlah RM50 ribu telah diluluskan untuk membina padang permainan kanak-kanak di hadapan sekolah agama rakyat di kampung tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat untuk menyambung semula kemudahan pengangkutan bas ke kampung itu yang terhenti sejak lapan tahun lalu.

Turut hadir di dalam kunjungan tersebut bagi pihak tuan rumah ialah YB Senator Dato' Azian Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Mohamad Raduan Kasim selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Zulkifli Abdul Hamid selaku Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga merangkap Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Tanian Mohd Ali selaku Ketua UMNO Cawangan Kg Seri Kinta merangkap Pengerusi JKK Kg Seri Kinta, Puan Rosniza Ismail, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor serta ahli-ahli jawatankuasa JKK Kg Seri Kinta.

Thursday, June 25, 2009

KUNJUNGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE NEGERI PERAK















Negeri Perak merasa amat bertuah kali ini apabila telah dikunjungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada jam 2.15 petang telah disambut oleh Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Zambry Abdul Kadir berserta pemimpin-pemimpin peringkat negeri termasuk kepimpinan UMNO dari Negeri dan Bahagian-bahagian.

Beliau memulakan lawatan ke Bangunan SUK Negeri Perak untuk beramah mesra bersama-sama Pegawai-pegawai Kerajaan serta golongan pendidik dan kemudiannya berangkat menghadap ke bawah Duli YMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada sebelah petangnya, beliau bersama rombongan telah berkunjung ke 'Little India' dan telah menghabiskan masa lebih kurang satu jam setengah beramah mesra dengan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Pada sebelah malamnya, beliau telah bersama-sama dengan rakyat Perak bersembahyang Maghrib secara berjemaah di kediaman Menteri Besar dan kemudiannya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ybhg SS Tan Sri Harussani, Mufti Negeri Perak. Selepas solat Isya' secara berjemaah, beliau turut sama menjamu selera bersama-sama rakyat dan kemudiannya menyampaikan ucapan yang antara lain beliau menyatakan rasa terharu terhadap sambutan di luar jangkaan yang telah diberikan oleh rakyat Perak sepanjang kunjungan tersebut.

Selepas selesai sahaja jamuan makan, beliau telah mengadakan mesyuarat secara tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bagi membincangkan masalah-masalah yang berlaku di Perak. Dan lebih kurang jam 11 malam, beliau berserta rombongan telah berangkat pulang.

Monday, June 15, 2009

MB PERAK TURUN KE IPOH TIMOR

Tarikh 13 Jun 2009 merupakan satu hari yang amat bertuah bagi penduduk-penduduk setinggan Kg Seri Murni, Kg Seri Keramat dan Kg Tok Chendang di dalam Parlimen Ipoh Timor kerana pada hari tersebut mereka telah dikunjungi oleh YAB Menteri Besar, Dato Seri Dr Zambry. Beliau yang tiba dengan hanya membonceng motosikal telah beramah mesra dengan penduduk-penduduk di situ serta mengadakan majlis dailog bagi mendengar masalah mereka yang telah menjadi penghuni setinggan selama hampir lebih 30 tahun. Inilah yang dimahukan oleh rakyat, seorang pemimpin berjiwa rakyat yang turun padang mendekati mereka dan mendengar rintihan mereka secara langsung. Selepas menyampaikan ucapan di Dewan Orang Ramai Kg Tok Chendang, beliau bersama-sama penduduk kampung telah menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah di Surau Kg Tok Chendang.

Beliau kemudiannya meneruskan Program Mesra Bersama Rakyat tersebut ke Kg Pasir Putih dan menunaikan Solat Isya' secara berjemaah di Masjid Al'Abidin Kg Pasir Puteh. Selepas menjamu selera bersama penduduk-penduduk setempat, beliau sekali telah mengadakan majlis dailog sehingga ke pukul 11.30 malam. Pelbagai masalah yang dikemukakan oleh penduduk setempat diambil perhatian satu persatu oleh beliau. Turut hadir dalam majlis dailog tersebut ialah Datuk Bandar, Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Agama Kerajaan Negeri dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam rombongan YAB Menteri Besar. Bagi pihak tuan rumah Ipoh Timor pula, turut hadir bersama ialah YB Senator Dato Azian, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Raduan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Tn Hj Abdul Rahman, Pengerusi J/kuasa Masjid Al'Abidin, YBhg Dato Hj Abdul Wahab, Naib Ketua Bahagian Ipoh Timor dan seluruh kepemimpinan UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Pada malam tersebut, beliau dan rombongan bersama-sama penduduk setempat telah bermalam di Masjid tersebut untuk meneruskan aktiviti 'Qiyamullail' dengan menunaikan Solat Tahajud dan Hajat secara berjemaah sehingga ke Solat Subuh.

Sesungguhnya, kunjungan YAB Menteri Besar Perak tersebut memberi makna yang besar kepada seluruh penduduk Gugusan Kg Pasir Puteh khususnya dan masyarakat Ipoh Timor amnya dan UMNO Ipoh Timor juga ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga terhadap keperihatinan yang ditunjukkan oleh beliau terhadap masalah yang dikemukakan oleh penduduk setempat.