Beliau kemudiannya meneruskan Program Mesra Bersama Rakyat tersebut ke Kg Pasir Putih dan menunaikan Solat Isya' secara berjemaah di Masjid Al'Abidin Kg Pasir Puteh. Selepas menjamu selera bersama penduduk-penduduk setempat, beliau sekali telah mengadakan majlis dailog sehingga ke pukul 11.30 malam. Pelbagai masalah yang dikemukakan oleh penduduk setempat diambil perhatian satu persatu oleh beliau. Turut hadir dalam majlis dailog tersebut ialah Datuk Bandar, Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Agama Kerajaan Negeri dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam rombongan YAB Menteri Besar. Bagi pihak tuan rumah Ipoh Timor pula, turut hadir bersama ialah YB Senator Dato Azian, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Raduan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Tn Hj Abdul Rahman, Pengerusi J/kuasa Masjid Al'Abidin, YBhg Dato Hj Abdul Wahab, Naib Ketua Bahagian Ipoh Timor dan seluruh kepemimpinan UMNO Bahagian Ipoh Timor.Pada malam tersebut, beliau dan rombongan bersama-sama penduduk setempat telah bermalam di Masjid tersebut untuk meneruskan aktiviti 'Qiyamullail' dengan menunaikan Solat Tahajud dan Hajat secara berjemaah sehingga ke Solat Subuh.






No comments:
Post a Comment