SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Thursday, June 25, 2009

KUNJUNGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE NEGERI PERAK















Negeri Perak merasa amat bertuah kali ini apabila telah dikunjungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada jam 2.15 petang telah disambut oleh Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Zambry Abdul Kadir berserta pemimpin-pemimpin peringkat negeri termasuk kepimpinan UMNO dari Negeri dan Bahagian-bahagian.

Beliau memulakan lawatan ke Bangunan SUK Negeri Perak untuk beramah mesra bersama-sama Pegawai-pegawai Kerajaan serta golongan pendidik dan kemudiannya berangkat menghadap ke bawah Duli YMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada sebelah petangnya, beliau bersama rombongan telah berkunjung ke 'Little India' dan telah menghabiskan masa lebih kurang satu jam setengah beramah mesra dengan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Pada sebelah malamnya, beliau telah bersama-sama dengan rakyat Perak bersembahyang Maghrib secara berjemaah di kediaman Menteri Besar dan kemudiannya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ybhg SS Tan Sri Harussani, Mufti Negeri Perak. Selepas solat Isya' secara berjemaah, beliau turut sama menjamu selera bersama-sama rakyat dan kemudiannya menyampaikan ucapan yang antara lain beliau menyatakan rasa terharu terhadap sambutan di luar jangkaan yang telah diberikan oleh rakyat Perak sepanjang kunjungan tersebut.

Selepas selesai sahaja jamuan makan, beliau telah mengadakan mesyuarat secara tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bagi membincangkan masalah-masalah yang berlaku di Perak. Dan lebih kurang jam 11 malam, beliau berserta rombongan telah berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment