Kelas Masakan Siri 1 anjuran Puteri Ipoh Timor telah diadakan pada 5 Julai 2009 bertempat di kediaman Ketua Puteri Bahagian. Di dalam kelas siri pertama ini, para peserta yang terdiri dari ahli-ahli Puteri dan Wanita telah mempelajari teknik-teknik asas membuat kek cawan dan kek coklat.
Anda adalah pengunjung yang ke
Monday, July 6, 2009
KELAS MASAKAN SIRI 1 - CHOCOLATE MOIST CAKE & CUPCAKE
Kelas Masakan Siri 1 anjuran Puteri Ipoh Timor telah diadakan pada 5 Julai 2009 bertempat di kediaman Ketua Puteri Bahagian. Di dalam kelas siri pertama ini, para peserta yang terdiri dari ahli-ahli Puteri dan Wanita telah mempelajari teknik-teknik asas membuat kek cawan dan kek coklat.
PERTANDINGAN BOWLING PUTERI IPOH TIMOR MERIAH...
Hadiah-hadiah disediakan untuk Kategori Johan, Naib Johan, Ke-3 hingga ke-5, Peserta Jatuhan Pin Tertinggi dan juga Terendah serta cenderahati untuk semua peserta. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Rosniza Ismail, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Perak.

Thursday, July 2, 2009
35 UMNO CAWANGAN SELESAI BERMESYUARAT
30 Jun 2009 merupakan tarikh akhir untuk mengadakan persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan seperti yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia. Alhamdulillah, sebanyak 35 Cawangan dalam UMNO Bahagian Ipoh Timor telah selesai menjalankan persidangan tahunan masing-masing. Puteri Bahagian yang mempunyai 19 cawangan juga telah selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing dan 1 cawangan Puteri yang baru telah ditubuhkan menjadikan 20 cawangan kesemuanya.
Thursday, June 25, 2009
KUNJUNGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE NEGERI PERAK


Negeri Perak merasa amat bertuah kali ini apabila telah dikunjungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada jam 2.15 petang telah disambut oleh Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Zambry Abdul Kadir berserta pemimpin-pemimpin peringkat negeri termasuk kepimpinan UMNO dari Negeri dan Bahagian-bahagian.
Beliau memulakan lawatan ke Bangunan SUK Negeri Perak untuk beramah mesra bersama-sama Pegawai-pegawai Kerajaan serta golongan pendidik dan kemudiannya berangkat menghadap ke bawah Duli YMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada sebelah petangnya, beliau bersama rombongan telah berkunjung ke 'Little India' dan telah menghabiskan masa lebih kurang satu jam setengah beramah mesra dengan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.Sunday, June 21, 2009
Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Diteruskan
Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan-cawangan bagi tahun 2009 diteruskan lagi setiap minggu mengikut yang telah dijadualkan oleh Bahagian. Pada 14 Jun 2009 sebanyak 4 cawangan Puteri telah bermesyuarat iaitu Puteri Cawangan Kg Pasir Puteh, Pinji Utara, Cempaka Sari dan Taman Shatin. Kesemua persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, YB Senator Dato' Azian bin Osman. Beliau menyeru golongan muda supaya sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Pada 19 Jun 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Persidangan Tahunan Puteri Cawangan Jalan Bendahara pula telah sempurna dijalankan. Ramai AJK Puteri Bahagian yang turut hadir dalam Majlis perasmian Persidangan Cawangan tersebut yang juga disempurnakan oleh YB Senator Dato' Azian bin Osman.
Keesokan harinya pula, pada 20 Jun 2009, Puteri Cawangan Kg. Tebing Tinggi telah menjalankan persidangan tahunannya di Dewan Orang Ramai Kg Temiang. Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Dato' Azian telah mengingatkan golongan muda agar sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan tambahan pula dalam menghadapi situasi kemelut politik yang melanda Negeri Perak.
Monday, June 15, 2009
JASAMU TIDAK TERNILAI


Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang telah bersusah payah mencari rezeki melindungi keluarga. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu-bapa kita.
MB PERAK TURUN KE IPOH TIMOR
Beliau kemudiannya meneruskan Program Mesra Bersama Rakyat tersebut ke Kg Pasir Putih dan menunaikan Solat Isya' secara berjemaah di Masjid Al'Abidin Kg Pasir Puteh. Selepas menjamu selera bersama penduduk-penduduk setempat, beliau sekali telah mengadakan majlis dailog sehingga ke pukul 11.30 malam. Pelbagai masalah yang dikemukakan oleh penduduk setempat diambil perhatian satu persatu oleh beliau. Turut hadir dalam majlis dailog tersebut ialah Datuk Bandar, Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Agama Kerajaan Negeri dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam rombongan YAB Menteri Besar. Bagi pihak tuan rumah Ipoh Timor pula, turut hadir bersama ialah YB Senator Dato Azian, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ybhg Dato' Raduan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Tn Hj Abdul Rahman, Pengerusi J/kuasa Masjid Al'Abidin, YBhg Dato Hj Abdul Wahab, Naib Ketua Bahagian Ipoh Timor dan seluruh kepemimpinan UMNO Bahagian Ipoh Timor.Sunday, June 7, 2009
PERSIDANGAN BERKELOMPOK UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN IPOH TIMOR
Pada tengaharinya pula, UMNO Cawangan Pekan Cendawan mengadakan Persidangan Tahunannya di Dewan Orang Ramai Pekan Cendawan. Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bagi tahun 2009 ini telah bermula pada 15 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 30 Jun sebagaimana yang telah diputuskan oleh UMNO Malaysia.
Wednesday, May 27, 2009
TAKZIAH BUAT DATO' AZIAN DI ATAS PEMERGIAN BONDA TERSAYANG
Al- Fatihah.....Friday, May 22, 2009
ALHAMDULILLAH....DATO' SERI DR ZAMBRY KEKAL MB PERAK
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar
Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara. Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu. "Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.Tuesday, May 19, 2009
HARI KELUARGA PUTERI IPOH TIMOR 2009 MERIAH
Pada hari Ahad - 17 Mei 2009 tepat jam 8 pagi, padang Taman DR Seenivasagam, Ipoh telah digegarkan dengan kedatangan dan keriuhan ahli-ahli Puteri Ipoh Timor bersama keluarga mereka bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga Puteri Ipoh Timor 2009. Program ini diadakan bertujuan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli-ahli Puteri tetapi juga di antara keluarga Puteri terutamanya sebagai penghargaan kepada suami-suami/anak-anak yang telah berkorban masa membenarkan isteri-isteri/ibu-ibu mereka melibatkan diri secara aktif di dalam Puteri.
Antara acara tersebut ialah sukaneka, tarik tali, pertandingan mewarna dan sebagainya. Program pada hari tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot 'Hambuglar' oleh McDonalds.
Dalam kegembiraan Puteri menjalankan program tersebut, jauh di sudut hati ahli-ahli, perasaan sedih turut dirasai kerana ketiadaan Ketua Puteri, Kak Ros yang terpaksa menghadiri Kursus 'Retreat' Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Bukit Tinggi Pahang pada hari yang sama. Itulah pengorbanan yang terpaksa ahli-ahli Puteri lakukan apabila Ketua Puterinya telah ditempatkan dalam barisan kepimpinan Puteri Negeri. Namun begitu, kehadiran suami dan anak-anak Kak Ros telah sedikit sebanyak mengubat perasaan ahli-ahli.
Antara acara kanak-kanak - Pertandingan Mewarna dan Merebut Gula-gula

Antara Puteri yang hadir memeriahkan program
Sempena Hari Ibu juga, anak-anak Puteri yang hadir telah diberikan lukisan yang bertemakan Hari Ibu untuk diwarnakan dan dijadikan hadiah kepada ibu-ibu mereka. Dalam acara tarik tali, Puteri telah menunjukkan kekuatan yang luar biasa apabila mereka telah berjaya mengalahkan kaum lelaki.
Lukisan yang telah siap diwarnakan oleh anak-anak Puteri
Anak-anak Puteri sedang beratur menerima hadiah
Harapan Puteri agar melalui program seperti ini, hubungan Puteri akan terus diperkukuh dan dieratkan demi mengembalikan kekuatan Puteri agar terus dapat menyumbang bakti kepada anak bangsa.









