SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Monday, July 6, 2009

PERTANDINGAN BOWLING PUTERI IPOH TIMOR MERIAH...

Pada hari Ahad - 5 Julai 2009 bertempat di Ipoh Bowl, Jaya Jusco Ipoh, satu pertandingan bowling antara Puteri Cawangan-cawangan Bahagian Ipoh Timor telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Sebanyak 18 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan yang bermula lebih kurang jam 11 pagi telah berjalan dengan begitu baik dan lancar. Ahli-ahli keluarga juga turut hadir memberikan sokongan kepada peserta-peserta.

Program seumpama ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli Puteri bersukan dan mengamalkan cara hidup yang sihat tetapi juga untuk memupuk hubungan yang lebih erat di kalangan ahli-ahli.

Hadiah-hadiah disediakan untuk Kategori Johan, Naib Johan, Ke-3 hingga ke-5, Peserta Jatuhan Pin Tertinggi dan juga Terendah serta cenderahati untuk semua peserta. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Rosniza Ismail, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Perak.
Johan pertandingan telah jatuh kepada Kumpulan 'The Royal Pincess' dari Cawangan Jalan Sultan Azlan Shah Selatan, Naib Johan pula dari Kumpulan 'Semangat Waja' dari Cawangan Pinji Tengah dan Ke-3 dari Kumpulan Pekan Cendawan dari Cawangan Pekan Cendawan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment