Anda adalah pengunjung yang ke
Monday, May 18, 2009
SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA PUTERI...
Sunday, May 17, 2009
PUTERI IPOH TIMOR GIATKAN PROGRAM 'PUTERI PRIHATIN'
Puteri Ipoh Timor melalui Biro Kebajikannya telah mengadakan beberapa kunjungan ke hospital dan juga rumah untuk menziarahi mereka telah terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit dan juga yang ditimpa bencana. Kunjungan Puteri ini sedikit sebanyak telah menggembirakan hati mereka dan dalam kunjungan tersebut juga, Puteri telah menyampaikan sedikit bantuan kewangan.
Encik Samsury yang terlantar di hospital akibat darah tinggi dan kencing manis
Ketua Puteri Ipoh Timor, Sdri Rosniza menyampaikan bantuan kewangan kepada Encik Zolkaply
Puteri berharap akan terus mengadakan program kebajikan sebegini dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk mendekatkan diri ahli kepada masyarakat dan juga menanamkan sifat keprihatinan dan penyayang di kalangan ahli-ahli.
Tuesday, May 12, 2009
TAHNIAH KEPADA SDRI ROSNIZA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI NAIB KETUA PUTERI PERAK 2008-2011
Oleh Sazarina Shahrim sazarina@bharian.com.my
Mengenai cadangan penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN), beliau berkata, Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang juga bendahari akan mempengerusikan jawatankuasa untuk memperincikan semua langkah bagi merealisasikan penubuhan Puteri BN.
Wednesday, April 22, 2009
BEGITU PANTAS MASA BERLALU...
Tahun 2009 menyaksikan pelbagai rentetan peristiwa. Pejam celik pejam celik, kita sudah hampir mencecah ke bulan 5 (sudah hampir ke pertengahan tahun - Jun). Pemilihan UMNO juga sudah selesai. Apa yang diharapkan adalah barisan kepimpinan baru UMNO di semua peringkat akan dapat memberikan satu nafas baru kepada UMNO. Kekalahan Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak akan mematahkan semangat kita sebagai ahli-ahli UMNO untuk terus memberikan sumbang bakti dan khidmat demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
UCAPAN TAHNIAH UNTUK SEMUA...........

Sunday, March 1, 2009
PUTERI IPOH TIMOR ANJURKAN MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA
Sehubungan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Majlis Penerangan Isu-isu Semasa yang bertujuan untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku bagi mengelakkan timbulnya lebih banyak kekeliruan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat tetapi juga di kalangan ahli-ahli UMNO. Puteri Ipoh Timor telah turun ke cawangan-cawangan dan kampung-kampung dengan menjemput seorang Peguam untuk memberikan penerangan dan penjelasan mengenai situasi yang berlaku dalam Negeri Perak khususnya dari segi perundangan.

Encik Saiful Adli, peguam yang dijemput sebagai penceramah majlis tersebut
Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Kg Tebing Tinggi
Sesi soal jawab
Antara penduduk kampung yang hadir.
Puteri Ipoh Timor mengharapkan dengan adanya program seperti ini, masyarakat tempatan akan sentiasa lebih peka dengan isu-isu semasa khususnya dengan apa yang berlaku di dalam Negeri Perak ini dan melalui cara ini juga mereka boleh mendapatkan maklumat yang sebenar kerana terlalu banyak fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pakatan pembangkang. Puteri Ipoh Timor akan terus dari semasa ke semasa menjalankan program sebegini bagi mendedahkan masyarakat mengenai isu-isu semasa khususnya mengenai kemelut politik yang melanda Negeri Perak ketika ini.
Wednesday, February 25, 2009
BUATLAH PEMILIHAN YANG BIJAK DAN TEPAT
PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah
(02) Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu
TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI
(01) Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai
(02) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(03) Zakiah Binti Kalipunya – Semporna
KETUA PUTERI
(01) Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju
(02) Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran
(03) Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara
(04) Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar
(05) Saarah Binti Ali Bashah – Seputeh
(06) Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau
NAIB KETUA PUTERI
(01) Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai
(02) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(03) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(04) Haslinda Binti Mohd Zerain – Ampang
(05) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
AHLI JAWATANKUASA PUTERI
(01) Roselinda Binti Abd Jamil – Klang
(02) Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau
(03) Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu
(04) Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani
(05) Siti Fatimah Binti Amir – Setiawangsa
(06) Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan
(07) Hamizah Binti Abdollah Zawawi – Putrajaya
(08) Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat
(09) Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena
(10) Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun
(11) Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak
(12) Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun
(13) Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar
(14) Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak
(15) Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar
(16) Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian
(17) Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu
(18) Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang
(19) Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang
(20) Azliza Binti Ahmad – Seputeh
(21) Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu
(22) Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu
(23) Nashua Binti Fauzun – Segambut
(24) Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau
(25) Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang
(26) Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil
(27) Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa
(28) Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang
(29) Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal
(30) Faraha Binti Ismail – Mersing
(31) Zahida Binti Zarik Khan – Pandan
(32) Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu
(33) Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman
(34) Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah
(35) Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor
(36) Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat
(37) Hasrunizah Binti Hassan – Pontian
(38) Rina Binti Mohd Harun – Sepang
(39) Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak
(40) Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan
(41) Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar
(42) Anita Binti Murad – Tenggara
(43) Julie Binti Sabran – Beluran
(44) Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut
(47) Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah
(50) Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru
(51) Wan Salwati Binti Abdullah – Seremban
(52) Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang
(53) Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan
Monday, February 16, 2009
PERTARUNGAN 3 BUKIT ????
Walau apa pun dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang, marilah kita seluruh warga UMNO amnya dan Puteri khususnya bersatu hati dan berganding bahu memastikan BN menawan kembali ketiga-tiga BUKIT ini.
Friday, February 13, 2009

KEPUTUSAN PRU 12 (8 MAC 2008)
Perak P59, N13, N14, N15
P59 BUKIT GANTANG
Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%
1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566
Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851
N13 KUALA SEPETANG
Jumlah Pengundi: 19,699
Peratusan Kaum: M: 59.96% C: 31.67% I: 8.34% L: 0.03%
1. Tai Sing Ng (PKR) (7,285)
2. See Tean Seng (BN) (6,721)
Majoriti: 564
Jumlah undi: 14,466
Peratus mengundi: 73.44%
Undi rosak: 460
N14 CHANGKAT JERING
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd. Osman Mohd. Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334
N15 TRONG
Jumlah Pengundi: 10,908
Peratusan Kaum: M: 69.66% C: 20.10% I: 10.21% L: 0.03%
1. Datuk Rosli Husin (BN) (4,212)
2. Nor Azli Musa (Pas) (3,296)
Majoriti: 916
Jumlah undi: 7,681
Peratus mengundi: 70.42%
Undi rosak: 173
Thursday, February 12, 2009
PUTERI PERAK IKRAR AKAN PASTIKAN BUKIT GANTANG DITAWAN OLEH BN

13/02/2009 11:55am
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, hari penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac. - Utusan Online"
Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat bermula 5 Februari 2009 yang lalu telah banyak membuka mata rakyat bahawa Pakatan Rakyat terlalu mementingkan diri sendiri. Pakatan Rakyat sanggup menderhaka kepada Sultan, sanggup melakukan rusuhan di jalanan dan mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga mengenepikan Undang-undang asalkan dapat memenuhi kehendak mereka.
Tuesday, February 10, 2009
SEKADAR BERKONGSI PANDANGAN
.jpg)
Coretan Ketua Puteri....
Semenjak Negeri Perak ditawan kembali oleh Kerajaan Barisan Nasional pada 5 Februari yang lalu, pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak samada pengamal undang-undang, penganalisis politik mahupun individu-individu mengenai keputusan Sultan Perak tidak membubarkan DUN seperti yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat. Jika diambilkira pandangan pihak Pembangkang, sudah tentunya bagi mereka semuanya 'haram' kerana keputusan itu berpihak kepada Barisan Nasional tetapi jika keputusan tersebut menguntungkan mereka, sudah tentu ia menjadi 'halal' bagi mereka. Mereka lupa bahawa Tuanku juga pernah membuat keputusan yang memihak kepada mereka tatkala keputusan PRU 12 menyaksikan tiada satu pun parti di dalam Negeri Perak yang memenangi majoriti kerusi DUN ketika itu, BN - 28, DAP -18, PKR -7 dan PAS -6. Sekiranya Tuanku mencampuradukkan politik dalam membuat keputusan seperti yang didakwa oleh Pembangkang ketika ini, BN lebih layak untuk menubuhkan kerajaan pada masa itu kerana memenangi kerusi terbanyak.
Sebagai seorang pengamal undang-undang (ketepikan pegangan politik saya), sudah tentunya saya merasakan DYMM Sultan telah mengikut segala undang-undang yang diperuntukkan dalam negara ini. Saya terpanggil untuk menulis kali ini bukanlah kerana saya ingin memberikan pandangan saya kerana saya tahu apa pun yang dikatakan oleh saya, maklumbalasnya ialah "...emm!! dah orang UMNO, mestilah sokong...". Tetapi, saya ingin memaparkan pendapat seorang sahabat lama saya yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik yang saya kira amat baik untuk saya kongsi bersama. Begini pendapat beliau .............
Sudah semestinya DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sudah menimbang setiap aspek sebelum membuat keputusan. Bagi saya, untuk mempertikai keputusan Tuanku dan kebijaksanaan beliau menafsir Perlembagaan Negeri adalah satu penghinaan kepada pengalaman dan keluasan akal fikiran Baginda, khususnya tatkala beliau sendiri adalah bekas seorang Ketua Hakim Negara.

Sebelum 1998, Pas dilihat sebagai parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak mahu menyokong UMNO. Berikutan itu, perjalanan Pas dalam arena politik sentiasa mendapat sokongan sehingga ia menawan kembali Kelantan pada 1990. Pada masa yang sama, ia menambah jumlah wakil rakyat di negeri-negeri lain.

Dalam keghairahan untuk menunjukkan kesetiaan kepada pakatan pembangkang biarpun mempunyai perbezaan ideologi yang cukup ketara, Pas seolah-olah terlupa bahawa Perak bukan negeri yang dimenanginya secara majoriti. Padahal Pas hanya menumpang kejayaan DAP iaitu parti yang menentang pelaksanaan hukum Islam - prinsip yang diperjuangkan oleh Pas sendiri. Pas harus memahami, mereka adalah parti kedua terbesar orang Melayu selepas UMNO. Orang Melayu tidak boleh bergantung kepada DAP atau PKR dalam mempertahankan institusi dan kepentingan mereka selain kepada UMNO dan Pas. Tetapi kalau Pas sendiri 'mohon derhaka' dengan dilihat mengkhianati institusi Melayu, siapa lagi yang orang Melayu boleh harapkan?
Thursday, February 5, 2009
BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...........

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
zulkifli.bakar@utusan.com.my
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.
Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.
Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.
Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.
Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?
Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?
Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?
Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.
Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.
Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.
Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.
Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.
Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.
Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.
Tuesday, February 3, 2009
KEMPEN DAFTAR AHLI PUTERI UMNO
http://www.daftar.umno.org.my./
Panduan Mengisi Borang Secara Online :-
Lengkapkan maklumat diri anda seperti yang diminta.
1. Negeri : Perak
2. Bahagian : Ipoh Timor
3. Cawangan : -
* Cempaka Sari
* Desa Cempaka
* Jalan Bendahara
* Jalan Dairy
* Jalan Pasir Puteh
* Jalan Sultan Azlan Shah Selatan
* Kg Kuala Pari Utara
* Kg Pasir Puteh
* Kg Sri Kinta
* Kg Tebing Tinggi
* Kg Tok Chendang
* Pekan Cendawan
* Pinji Tengah
* Pinji Utara
* Taman Anda
Bahagian 2 : Kategori : Puteri
Sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi Sdri Mornee di Pejabat Urusetia UMNO Bahagian Ipoh Timor - 05-2557076 atau 05-2422242 atau e-melkan pertanyaan anda ke puteri_ipohtimor@yahoo.com

Sunday, February 1, 2009
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AMIZUL TUMIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH 1 Feb. – Kecoh, kelam-kabut dan ‘genting.’ Itulah senario paling tepat untuk menggambarkan keadaan kerajaan negeri Perak hari ini. Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan lima kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini terumbang-ambing tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.
Kekecohan adalah berikutan status dua wakil rakyat, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dari kerajaan pakatan pembangkang itu - yang ‘hilang’ sejak 26 Januari lalu - sehingga tengah malam ini masih menjadi pertikaian. Ia berpunca daripada pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Changkat Jering dan Behrang pada pukul 5.45 petang.
Tidak sampai tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian. “Ia surat lama, tanpa tarikh yang saya dan enam ADUN PKR yang lain tanda tangan pada Mac tahun lalu (selepas menang dalam pilihan raya umum) Saya masih wakil rakyat Behrang.” Jelas beliau, surat itu mengandungi aku janji kesetiaan yang menyatakan bahawa jika mereka keluar dari PKR, mereka dengan sendirinya meletakkan jawatan sebagai ADUN. Mohd. Osman pula menegaskan, surat peletakan jawatan itu tidak sah kerana ditandatangani secara paksa dan dibuat pada Mac tahun lalu. Kedua-duanya bertegas akan mencabar kesahihan surat peletakan jawatan yang dinyatakan oleh Sivakumar itu.
Pada masa sama, khabar angin bertiup kencang mengatakan Timbalan Speaker, Hee Yit Fong yang juga ADUN Jelapang akan menyertai MCA. Rentetan daripada perkembangan ini difahamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan menghadap Sultan Perak esok dipercayai berhubung ‘pembentukan kerajaan negeri baru.' Pada masa yang sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga dikatakan akan ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi ‘mempertahankan kerajaan pimpinannya.’
Jika peletakan jawatan Mohd. Osman dan Jamaluddin itu sah, ia menyaksikan kerajaan negeri tinggal 30 kerusi DUN iaitu DAP (18), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(6) dan Pas (6) manakala BN pula kekal 27 kerusi DUN. Tetapi jika peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering dan ADUN Behrang itu tidak sah, sebaliknya mereka menyertai BN seperti dihebohkan, pakatan pembangkang kekal 30 tetapi BN bertambah kepada 29 kerusi. Sekiranya Yit Fong sah menyertai MCA, maka BN akan mengambil alih kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi iaitu 30-29.
Dalam kenyataan akhbarnya pada kira-kira pukul 6.15 petang ini, Sivakumar memberitahu, Mohd. Osman dan Jamaluddin yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepadanya di rumah beliau pada pukul 5.45 petang. “Surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN itu telah diterima berasaskan Artikel 35 (XXXV) Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak akan mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN N14 Changkat Jering dan N59 Behrang.
“Saya akan menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya esok (Isnin) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari seperti mana termaktub dalam Artikel 35 (5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” kata Sivakumar. Bagaimanapun, kira-kira tiga jam kemudian, Jamaluddin pula tampil memberi kenyataan kepada media dengan menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ADUN mahupun Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Berikutan kekecohan mengenai surat peletakan jawatan itu, Mohd. Osman dan Jamaluddin akan membuat laporan polis dan juga sidang akhbar khas mengenainya esok. Mohd. Osman, 57, yang merupakan ADUN Changkat Jering adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri. Jamaluddin, 52, yang juga ADUN Behrang pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri.
Rentetan kekecohan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Perak hari ini bermula apabila Mohammad Nizar memanggil mesyuarat tergempar dengan semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan pemimpin tertinggi PKR dan Pas, pagi ini. Mesyuarat itu bertujuan membincangkan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang yang sedang goyah terutama ekoran ‘kehilangan’ Mohd. Osman dan Jamaluddin sejak enam hari lalu.
Turut menyertai mesyuarat itu ialah ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai PKR. Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Mohammad Nizar menggesa kedua-dua wakil rakyat tersebut supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang itu.
Beliau yang gagal menghubungi kedua-dua wakil rakyat itu sejak Isnin lalu berkata, kerajaan negeri bersedia membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergolakan dalam kerajaan pembangkang itu semakin hangat diperkatakan apabila di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini turut mengulas mengenai kemungkinan dua wakil PKR Perak akan menyertai UMNO dan BN.
“Insya-Allah betul kot. Lima ka, 10 ka, 12 ka. Mereka nak masuk sebab mereka yakin UMNO sebuah parti yang membawa perjuangan yang mereka suka. Jadi, kita terimalah dengan baik,” jelas Perdana Menteri. Di Bukit Mertajam pula, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan apa yang berlaku di Perak dan Anwar mengakui masih belum dapat menghubungi Mohd. Osman dan Jamaluddin yang ‘hilang’ sejak enam hari lalu.
Perkembangan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang Perak menjadi lebih hangat apabila Sivakumar mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan kedua-dua wakil rakyat itu. Kenyataan akhbar itu dihantar kepada media menerusi faks oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak petang ini dan disiarkan oleh dalam berita stesen-stesen televisyen dan portal-portal berita malam ini.
Namun, perkembangan itu menjadi lebih kecoh dan rumit apabila Jamaluddin yang dihubungi pihak media menafikan telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang. Sehingga tengah malam ini, status kedua-dua wakil rakyat itu masih belum sahih. Mohd. Osman dan Jamaluddin menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Osman yang mendapat 9,411 undi menang dengan majoriti 1,102 undi menewaskan calon BN, Mat Isa Ismail. Jamaluddin pula menewaskan M. Ramasamy (BN) dengan undi 6,771 berbanding 5,744.
Thursday, January 29, 2009
BUBAR PUTERI???
Cadangan berani daripada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam supaya sayap-sayap UMNO khasnya Puteri dan Putera dimansuhkan adalah satu kejutan. Bagaimana tokoh veteran UMNO itu boleh memikirkan pendekatan tersebut jika parti itu benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.
Kita memahami niat beliau melontarkan idea itu supaya UMNO dapat menyusun semula pertubuhan politik yang dianggotai lebih tiga juta ahli itu. Pada fikiran Ahmad Rithauddeen, gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.
Tetapi ahli-ahli UMNO dan rakyat yang mengundi parti ini sejak sekian lama sudah memerhati di mana punca sebenar berlaku politik wang. Ia bukan bertapak dalam politik Puteri atau Putera UMNO. Jadi kenapa dua sayap ini yang hendak dihukum.
Sejak Puteri UMNO ditubuhkan pada 2000 dan biro Putera UMNO dilahirkan di bawah sayap Pemuda pada 2005, ahli-ahli sayap ini dikerah sebagai jentera pilihan raya. Pemimpin dan ahli UMNO usah mudah lupa kepada jasa dan sumbangan Puteri dan Putera kepada UMNO. Jangan ketika UMNO dihimpit masalah politik wang yang serius dan hilang pengaruh di kalangan rakyat terutama orang Melayu, dua sayap ini dijadikan tempat melonggokkan kelemahan dan kesalahan parti.
Tanpa angin yang menggoncangkan pokok, tiba-tiba kewujudan Putera dan Puteri dikatakan melemahkan UMNO. Benarkah banyak pemilihan dalam sayap itu menyebabkan lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti. Dakwaan itu harus dibuktikan, bukan sekadar tuduhan. Perasaan golongan muda dalam Putera dan Puteri perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak patut dipertikaikan, apatah lagi dengan tuduhan sedemikian.
Soal mereka patut memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik, tidak perlu timbul Apakah sekarang UMNO tidak memerlukan ahli-ahli pelapis daripada golongan muda? UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan memansuhkan sayap Puteri dan Putera. Kerana kita bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda ingin mendekati UMNO.
Sepatutnya UMNO belajar daripada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008. Trend pengundi muda pada dua pilihan raya itu lebih condong kepada parti pembangkang. Bayangkan jika 30 peratus daripada 3.2 juta ahli UMNO yang merupakan pengundi berdaftar itu dimansuhkan keahlian mereka?. Kita tentu boleh membayangkan masa depan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Jadi, UMNO patut mendekati golongan itu dan memahami apa kehendak mereka. Bukan mengetepikan mereka atas perbuatan politik wang golongan lebih senior daripada mereka.
Sesungguhnya penglibatan remaja lelaki dan perempuan daripada usia muda akan memberi satu jaminan kepada pelapis UMNO yang kuat jiwa dan hati untuk masa depan agama, bangsa dan negara.
Politik wang yang menanah dalam UMNO perlu dibersihkan. Tetapi bukan dengan cara 'membunuh' semangat politik anak muda.Jangan 'bunuh' semangat politik barisan pelapis UMNO.
Tuesday, January 20, 2009
DI SEBALIK KEKALAHAN BN DI K.TERENGGANU
Oleh ZULKIFLEE BAKAR (Wartawan Utusan)
JIKA Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijadikan ukuran berhubung sambutan generasi muda terhadap UMNO, adalah jelas parti berkenaan terpaksa mengakui bahawa mereka gagal menarik golongan itu. Ini kerana berdasarkan jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kesemua saluran undi yang melibatkan generasi muda menyaksikan BN tewas. Ia juga bermakna selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang mencatatkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, generasi muda semakin menjauhi UMNO dan BN.
Sebaliknya, tumpuan mereka lebih kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala bukan Melayu pula lebih cenderung menyokong DAP. Trend ini seharusnya tidak dibiarkan oleh UMNO dan BN kerana dalam pilihan raya umum akan datang 49 peratus daripada keseluruhan pengundi adalah terdiri daripada pengundi muda.
Oleh itu, kegagalan di Kuala Terengganu seharusnya benar-benar memberikan pengajaran kepada BN terutamanya UMNO supaya melakukan langkah yang lebih agresif untuk memastikan pengundi muda tidak terus meninggalkan mereka.
Mungkin ramai yang hadir tetapi persoalannya adakah mereka yang datang itu menyelami perjuangan UMNO atau lebih tepat lagi akan memangkah BN?
AL FATIHAH...SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT

SELAMAT PENGANTIN BARU NORSHARIZA DAN ABDUL RAHMAN
Thursday, January 15, 2009
PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu hanya tinggal 1 hari lagi. Keputusan sama ada BN akan mengekalkan Parlimen P.36 akan terjawab pada 17.1.2009 ini. Semuanya akan ditentukan oleh pengundi-pengundi di dalam Parlimen P.36. Kepada pengundi-pengundi muda, Puteri Ipoh Timor mengharapkan agar mereka membuat pilihan yang tepat. Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia dengan melaksanakan hak kita sebagai seorang pemilih. Kita yang menentukan masa depan negara kita.
Program 'Doktor Turun Padang' telah dijalankan oleh Puteri UMNO sebagai satu langkah untuk membantu penduduk-penduduk kampung dengan memberikan rawatan percuma.
Exco Puteri UMNO Malaysia, Ismalina Ismail membantu seorang warga emas pulang ke rumahnya di Ladang.
Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Noraini Ahmad melihat seorang kanak-kanak yang sedang ditindik telinganya.











