SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Friday, December 25, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER PAKAIAN SEKOLAH SESI 2010 PARLIMEN IPOH TIMOR

Menjelangnya sesi persekolahan yang hampir dibuka tidak lama lagi, UMNO Bahagian Ipoh Timor sekali lagi telah menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan yang tinggal di dalam Parlimen Ipoh Timor. Bantuan berbentuk baucer pakaian sekolah dan beg sekolah 1Malaysia telah disampaikan oleh YB Senator Dato Azian bin Osman kepada 400 orang penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5. Ini adalah salah satu langkah UMNO Bahagian Ipoh Timor mendekati rakyat dalam memastikan golongan yang kurang berkemampuan ini diberi perhatian sewajarnya khususnya dalam bidang pendidikan.




YB Senator Dato Azian berbual-bual bersama salah seorang pelajar yang menerima bantuan

Antara ahli-ahli Puteri yang bertugas di bahagian pendaftaran


Semoga adik-adik kita memulakan langkah mereka dengan penuh bersemangat untuk kembali memulakan sesi persekolahan. Kepada adik-adik yang akan memasuki Tahun 1, selamat melangkah ke alam persekolahan. Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010, belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan memiliki ilmu, kita akan berjaya.....

KURSUS 1PUTERI SANG SAKA BANGSA

Sebagai langkah untuk memantapkan jatidiri ahli-ahli Puteri dalam menghadapi zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak bersama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa. Kursus ini akan diadakan sebanyak 5 siri dan ianya telah bermula pada 4hb Disember yang lalu. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor telah menghantar seramai 19 orang peserta untuk kursus-kursus yang telah mula dilaksanakan.

KURSUS 1PUTERI SANG SAKA BANGSA (SIRI 1)
4.12.2009 (Jumaat) - 6.12.2009 (Ahad) di Kem PLKN Tegas Mesra Ijok, Batu Kurau.

KURSUS 1PUTERI SANG SAKA BANGSA (SIRI 2)
11.12.2009 (Jumaat) - 13.12.2009 (Ahad) di Kem PLKN Terkuk, Sg Siput.





KURSUS 1PUTERI SANG SAKA BANGSA (SIRI 3)
25.12.2009 (Jumaat) - 27.12.2009 (Ahad) di Kem PLKN Tegas Mesra Ijok, Batu Kurau.



Wednesday, December 16, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Pejam celik..........pejam celik, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Sama ada kita sedari atau tidak, tibanya tahun yang baru, bermakna bertambahlah lagi satu angka dalam usia kita. Sudahkah kita bermuhasabah diri kita?. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang usia kita yang telah berlalu? Apakah pula yang bakal kita lakukan untuk tahun-tahun yang akan kita lalui? Semoga segala kesilapan, sekiranya ada, yang pernah kita lakukan sebelum ini akan menjadi pengajaran bagi kita. Perbaikilah diri kita ke tahap yang lebih baik. Sekiranya azam-azam yang pernah disemat sebelum ini masih belum terlaksana sepenuhnya, berazamlah sekali lagi untuk melaksanakan sepenuhnya segala azam tersebut. Selamat Tahun Baru................

DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun
ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Doa Akhir Tahun Hijrah


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA & SELAMAT MENJALANKAN IBADAH QURBAN

Puteri Ipoh Timor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan Selamat Menjalankan Ibadah Qurban.

Puteri juga ingin menjemput semua rakan-rakan untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Qurban UMNO Bahagian Ipoh Timor yang akan diadakan di Surau Cempaka Sari, Ipoh pada hari Sabtu - 28 November 2009 bermula jam 9.00 pagi.

Sunday, November 15, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM

Pada 12 November yang lepas bertempat di Masjid Abidin, Kg Pasir Puteh, Ipoh, Puteri UMNO Ipoh Timor telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Bersama Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas bagi bersama-sama mendoakan kejayaan mereka di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal diduduki bermula 18 November ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas yang telah dijemput khusus dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Ipoh Timor. Kehadiran ahli-ahli UMNO Bahagian Ipoh Timor serta masyarakat setempat walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat telah turut menjayakan majlis tersebut.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan Solat Hajat dan Bacaan Yasin serta Solat Isya' berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Badrul. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.

Puteri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut dan kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan, doa dan harapan dari Puteri semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang.

Saturday, November 14, 2009

PUTERI BANTU MANGSA BANJIR DI LENGGONG















Suasana selepas banjir surut. Banyak barang yang musnah.








Rombongan Menteri Besar, Perak sedang diberikan taklimat mengenai keadaan banjir.








Ahli-ahli Puteri sedang membantu penduduk kampung memasak secara gotong royong.








Kelihatan Ketua Puteri UMNO Lenggong turut bersama.

Pada hari Jumaat, 13 November 2009 yang lepas, Puteri UMNO Ipoh Timor telah turun bersama-sama Puteri UMNO Perak membantu mangsa banjir di Lenggong, Perak. Setibanya kami di situ, kelihatan jalan-jalanraya dipenuhi lumpur kesan daripada banjir yang berlaku dua malam sebelumnya. Banyak barang yang musnah terutamanya barangan elektrik. Penduduk di situ memaklumkan bahawa banjir tersebut adalah yang terburuk pernah dialami oleh mereka setakat ini. Rombongan YAB Menteri Besar, Perak tiba pada pukul 3.30 petang dan beliau telah meninjau beberapa kawasan yang terlibat dan telah diberikan taklimat mengenai keadaan yang berlaku. Puteri berharap agar mereka yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa...

Tuesday, October 27, 2009

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI JAMBATAN RUNTUH DI KUALA DIPANG

Sdri Rosniza, Ketua Puteri Ipoh Timor bersama AJK Puteri Bahagian sedang meninjau lokasi kejadian

Rombongan dari Puteri UMNO Negeri Perak turut hadir

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan

Puteri UMNO Ipoh Timor bersama dengan Puteri UMNO Negeri Perak telah berkesempatan turun melawat tempat kejadian di mana berlakunya titi gantung runtuh di Kuala Dipang, Jeram, Kampar. Ketika tiba di sana, operasi menyelamat masih terus dijalankan bagi mencari 2 lagi mangsa yang dipercayai hanyut dibawa arus sungai. Kelihatan juga keluarga mangsa masih menanti dengan penuh sabar dan mereka juga turut ditenangkan oleh rakan-rakan dan saudara mara yang hadir.

Ketika berada di sana, rombongan YM Raja Muda Perak bersama YAB Dato' Seri Dr Zambry turut hadir bersama pemimpin-pemimpin masyarakat melawat lokasi kejadian. Harapan Puteri semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan.

Monday, October 19, 2009

LEBIH 50 RIBU RAKYAT PERAK BANJIRI STADIUM JAYAKAN 1MALAYSIA

















Lambang komitmen rakyat
Oleh ZAINI RABAN dan HAMIMAH HAMID

IPOH 18 Okt. – Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha sepadu rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain kerana mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya.

‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.

‘‘Nombor 1 juga merupakan angka terbesar sekali yang bermakna kita mahu melakukan dan memberi komitmen terbaik untuk negara. Inilah asas kita dan perjalanan kita masih lagi jauh kerana perjuangan membina negara tidak boleh berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000 rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini.

Program berkenaan dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; menteri-menteri Kabinet serta para pemimpin kerajaan negeri.

Perak merupakan negeri pertama yang dipilih Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia dan selepas ini akan dituruti oleh negeri-negeri lain.

Menurut Najib, Gagasan 1Malaysia sebenarnya bermula sewaktu semua kaum di negara ini sebagai satu keluarga menuntut kemerdekaan tanah air daripada British.

Jelas beliau, sebelum itu, semua kaum memainkan peranan demi keselamatan, keharmonian dan kemakmuran tanah air dalam menentang pengganas Komunis, mengerjakan lombong serta ladang-ladang.

Justeru, kata beliau, sudah sampai masanya negara mengiktiraf sumbangan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kata Najib, ia bukan bermakna kerajaan mahu mengambil hak kaum tertentu khususnya orang Melayu kerana hak tersebut telah terjamin di dalam Perlembagaan Negara.

‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan agama Islam.

‘‘Kerajaan pimpinan saya adalah untuk semua rakyat Malaysia, begitu juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak. Inilah keunikan dan keindahan Malaysia,” katanya.

‘‘Bila berurusan dengan negara China kita tahu budaya mereka, bila berurusan dengan India, kita kenal budaya mereka, begitu juga negara kepulauan Melayu atau Arab.

‘‘Akhirnya, 1Malaysia akan menjadi nilai ekonomi negara yang hebat kerana negara ini mempunyai perpaduan kaum yang cukup kuat,” katanya.

Katanya lagi, 1Malaysia bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai bidang seperti kejayaan dalam dunia sukan, sosial dan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Sumber Berita :

Sunday, October 18, 2009

PELANCARAN LAGU UMNO PERAK 'BERSETIA, BERJUANG, BERBAKTI'



Sempena kunjungan Perdana Menteri ke Negeri Perak untuk merasmikan Pelancaran 1Malaysia Bersama Rakyat Perak, beliau telah sempat hadir untuk bertemu warga UMNO Perak dalam Majlis Bersama Presiden dan Pelancaran Lagu UMNO Perak.

Buat pertama kalinya, YAB Presiden dan seluruh ahli UMNO yang hadir telah diperdengarkan dengan nyanyian Lagu UMNO Perak oleh Koir Selendang Perak bersama Pemuda dan Puteri UMNO Perak. Beliau seterusnya telah menamakan lagu tersebut dengan tajuk 'BERSETIA, BERJUANG, BERBAKTI' sesuai dengan lirik yang telah ditulis sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry. Lagu ini telah digubah oleh YBhg Datuk Ahmad Dasilah.

Semoga dengan terciptanya lagu 'Bersetia, Berjuang, Berbakti' ini dapat menyemarakkan lagi semangat juang ahli-ahli UMNO khususnya di Negeri Perak dalam usaha untuk memartabatkan Parti, memperkukuhkan jatidiri dan seterusnya menabur khidmat bakti kepada masyarakat.

"Bersetia Berjuang Berbakti"

Kita Bangsa Yang Setia
Taat Pada Agama
Junjung Kasih Pada Baginda
Hidup Berbudi Serumpun Bangsa

Ganding Tenaga Bagai Keluarga
Berkhidmat Kepada Semua
Itulah Harapan Bangsa
UMNO Perak Pasti Berjaya

UMNO Perak Terus Berjuang
Bangunlah Anak Bangsaku
Demi Pertahan Bangsa Bermaruah
Membujur Lalu Melintang Patah

Bumi Bertuah Yang Kita Miliki
Jangan Sekali Kita Cemari
Martabat Bangsa Dijulang Tinggi
UMNO Perak Kekal Berbakti

Friday, October 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI










Puteri Ipoh Timor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh kaum India di Malaysia. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia adalah amat bertuah hidup dalam suasana yang aman dan harmoni serta dapat bersama-sama berkongsi kemeriahan perayaan yang disambut oleh berbilang kaum di Malaysia. Inilah 1Malaysia..........

Thursday, October 15, 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MENIUP SEMANGAT GOLONGAN MUDA


Wanita, Pemuda, Puteri sifatkan amanat presiden bakar semangat

KUALA LUMPUR: Pemimpin tiga sayap Umno menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno pagi tadi, sebagai wadah permulaan bagi melakukan transformasi supaya parti diterima semua lapisan rakyat.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata impian Presiden parti untuk merakyatkan Umno akan diberi perhatian serius oleh pergerakan itu dengan pembabitan semua peringkat akar umbi."Ucapan presiden bakar semangat kami, ahli Umno dan kita semua mesti mara untuk harungi apa juga cabaran."Dua daripada isu yang dikupas presiden akan saya bawa ke dalam perjuangan Wanita, termasuk membina kekuatan minda dalam perjuangan," katanya.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, berkata ucapan presiden yang menyentuh soal 1Malaysia cukup jelas menggambarkan Umno bukan parti bersikap perkauman."Saya begitu tertarik dengan apa yang presiden katakan mengenai pengurusan bantuan yang perlu sampai kepada golongan berhak dan layak dan jangan kita beri bantuan kepada mereka tidak lagi layak."Apabila kita sudah ada kekuatan diri jangan kita ambil apa yang patut diberi kepada golongan yang perlu bantuan," katanya.

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata amanat Presiden yang mahu sifat kesukarelawan menjadi budaya di kalangan ahli perlu diterapkan kembali bagi memantapkan kedudukan sayap parti itu."Apa yang diucapkan Presiden mengenai semangat kesukarelawan ini selaras dengan apa yang kami bincangkan dalam perhimpunan Puteri semalam," katanya.

Sumber : Berita Harian

(Untuk teks penuh Ucapan Dasar YAB Presiden UMNO klik di sini

Wednesday, October 14, 2009

MENGGARAP 1PERJUANGAN, MENGUKUH PUTERI, MENJULANG PARTI - Tema Ucapan Dasar Ketua Puteri


Puteri perlu perbetul landasan perjuangan

Perubahan mesti menjiwai keperluan golongan muda

KUALA LUMPUR: Puteri Umno perlu menukar gerak kerja jentera parti selaras matlamat pindaan perlembagaan untuk melaksana tranformasi bagi memastikan kesinambungan Umno sebagai parti yang menjiwai keperluan golongan muda.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perubahan itu dituntut kerana cabaran yang dihadapi parti sangat besar selain membuktikan sayap berkenaan memainkan peranan penting, bukannya sekadar tempelan semata-mata.

Sehubungan itu, katanya, 320,000 ahli Puteri di seluruh negara perlu mengubah minda dan bangkit membetulkan landasan perjuangan demi menyelamatkan parti keramat itu.

"Transformasi menuntut kita berkhidmat untuk semua, gerak kerja kita mesti ke arah itu... Kita tidak boleh menjadi seperti kad 'touch n go' yang semangatnya hanya berkobar-kobar ketika mendengar pemimpin berucap, namun sebaik sampai ke cawangan atau bahagian, hilang kesungguhan.

"Kita mesti berubah, bukan setakat cuba berubah atau kena berubah, inilah iltizam, kehendak rakyat...setiap dari kita mesti diikat rasa gerun, takut akan cabaran di sekeliling kita, hanya dengan kegerunan dan kebimbangan ini, kita akan bekerja kuat demi menyelamatkan parti, agama, bangsa dan negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sulung pada Perhimpunan Agung Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Perhimpunan disertai 789 perwakilan itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta bekas Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azalina Othman Said.

Pada majlis itu, Noorainiee turut melancarkan laman web portal Puteri, www.puteriumno.my dan anugerah kepada tiga Tokoh Pelajar Terbaik.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata sindrom selesa hanya akan menjahanamkan parti serta meletakkan kedudukan parti yang memperjuang nasib bangsa Melayu itu dalam keadaan bahaya.

Beliau berkata, pilihan raya umum Mac 2008 dan tujuh pilihan raya kecil dijadikan pengajaran dan mesti diakui sebagai sebahagian daripada punca kemerosotan prestasi pergerakan itu.

"Kita gagal untuk mendapat keyakinan golongan muda, memastikan mereka berpihak kepada kita, sedangkan lebih 40 peratus pengundi adalah di kalangan usia kita.

"Apa gunanya kita memperjuangkan keahlian automatik ahli Puteri jika kita sendiri enggan melaksana program dirancang, apa guna kita melanjut usia berada dalam Puteri jika kita sendiri enggan matang dan tidak menghormati tanggungjawab diamanahkan.

"Kita mesti merenung dan menilai adakah selepas lapan tahun kita mempunyai arah tuju yang benar menyokong perjuangan parti dan berperanan sebagai penggerak generasi muda yang prihatin terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya.
Sumber : Berita Harian
(untuk teks ucapan penuh Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia klik di sini

Monday, October 12, 2009

SELAMAT DATANG PARA PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009









Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung mulai 13 Oktober 2009 hingga 16 Oktober 2009. Sekali lagi Pusat Dagangan Dunia Putra akan menyaksikan ribuan manusia yang datang dari pelbagai negeri untuk turut bersama-sama menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO yang mana pada tahun ini akan menyaksikan Perhimpunan Agung Khas bagi meminda Perlembagaan UMNO.

Perwakilan yang hadir dari setiap 191 UMNO Bahagian akan memikul tanggungjawab bagi memastikan Pindaan Perlembagaan UMNO ini akan dapat membawa satu perubahan kepada UMNO dalam usaha untuk memantap dan memperkasakan Parti.

Untuk jadual penuh aturcara Perhimpunan Agung UMNO 2009, sila klik http://umno-online.com/?p=4566 .

Selamat Bersidang kepada semua Perwakilan...

Sunday, October 11, 2009

TAHNIAH ATAS KEMENANGAN BN DI BAGAN PINANG


PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN.

Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak.

Ketika pengumuman dibuat, Mohd. Isa turut berada di dalam dewan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin BN yang lain.

Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan penyokong BN yang berada di luar dewan.


Sumber Berita : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA DALAM UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR










Jamuan Hari Raya UMNO Cawangan Kg Seri Kinta











Jamuan Hari Raya UMNO Cawangan Kg Kuala Pari Utara








Jamuan Hari Raya UMNO Cawangan-cawangan dalam DUN Canning








Jamuan Hari Raya Mantan Ketua Puteri Bahagian, Sdri Wiza

Kemeriahan Syawal masih lagi dirasai walaupun setelah seminggu kita merayakannya. Ahli-ahli UMNO Bahagian Ipoh Timor juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi kemeriahan ini bersama masyarakat dengan menganjurkan Jamuan Hari Raya.

Pada 4 Oktober 2009, jadual Puteri Ipoh Timor dipenuhi dengan jemputan ke jamuan-jamuan Hari Raya bermula dengan UMNO Cawangan Kg Seri Kinta pada jam 10 pagi di Dewan Orang Ramai Kg Seri Kinta, diikuti dengan UMNO Cawangan-cawangan dalam DUN Canning di Dewan Bulat Sabit Merah pada jam 12.00 tengahari, Rumah Terbuka Mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor, Sdri Wiza pada jam 2.00 petang dan berakhir di UMNO Cawangan Kg Kuala Pari di Sek Keb Kuala Pari pada jam 3.00 petang.

Majlis-majlis sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama ahli tetapi juga dapa merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat di samping saling bermaafan dalam bulan yang mulia ini.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI









Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat tidak kira di mana berada. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalanraya dan doa kami semoga anda selamat tiba ke destinasi. Mohon maaf juga Puteri pinta di atas segala kesilapan dan dosa. Semoga bergembira di Aidil Fitri....