Pejam celik..........pejam celik, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Sama ada kita sedari atau tidak, tibanya tahun yang baru, bermakna bertambahlah lagi satu angka dalam usia kita. Sudahkah kita bermuhasabah diri kita?. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang usia kita yang telah berlalu? Apakah pula yang bakal kita lakukan untuk tahun-tahun yang akan kita lalui? Semoga segala kesilapan, sekiranya ada, yang pernah kita lakukan sebelum ini akan menjadi pengajaran bagi kita. Perbaikilah diri kita ke tahap yang lebih baik. Sekiranya azam-azam yang pernah disemat sebelum ini masih belum terlaksana sepenuhnya, berazamlah sekali lagi untuk melaksanakan sepenuhnya segala azam tersebut. Selamat Tahun Baru................
DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
No comments:
Post a Comment