Sempena kunjungan Perdana Menteri ke Negeri Perak untuk merasmikan Pelancaran 1Malaysia Bersama Rakyat Perak, beliau telah sempat hadir untuk bertemu warga UMNO Perak dalam Majlis Bersama Presiden dan Pelancaran Lagu UMNO Perak.
Buat pertama kalinya, YAB Presiden dan seluruh ahli UMNO yang hadir telah diperdengarkan dengan nyanyian Lagu UMNO Perak oleh Koir Selendang Perak bersama Pemuda dan Puteri UMNO Perak. Beliau seterusnya telah menamakan lagu tersebut dengan tajuk 'BERSETIA, BERJUANG, BERBAKTI' sesuai dengan lirik yang telah ditulis sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry. Lagu ini telah digubah oleh YBhg Datuk Ahmad Dasilah.
Semoga dengan terciptanya lagu 'Bersetia, Berjuang, Berbakti' ini dapat menyemarakkan lagi semangat juang ahli-ahli UMNO khususnya di Negeri Perak dalam usaha untuk memartabatkan Parti, memperkukuhkan jatidiri dan seterusnya menabur khidmat bakti kepada masyarakat.
"Bersetia Berjuang Berbakti"
Kita Bangsa Yang Setia
Taat Pada Agama
Junjung Kasih Pada Baginda
Hidup Berbudi Serumpun Bangsa
Ganding Tenaga Bagai Keluarga
Berkhidmat Kepada Semua
Itulah Harapan Bangsa
UMNO Perak Pasti Berjaya
UMNO Perak Terus Berjuang
Bangunlah Anak Bangsaku
Demi Pertahan Bangsa Bermaruah
Membujur Lalu Melintang Patah
Bumi Bertuah Yang Kita Miliki
Jangan Sekali Kita Cemari
Martabat Bangsa Dijulang Tinggi
UMNO Perak Kekal Berbakti
No comments:
Post a Comment