SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Monday, October 19, 2009

LEBIH 50 RIBU RAKYAT PERAK BANJIRI STADIUM JAYAKAN 1MALAYSIA

















Lambang komitmen rakyat
Oleh ZAINI RABAN dan HAMIMAH HAMID

IPOH 18 Okt. – Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha sepadu rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain kerana mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya.

‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.

‘‘Nombor 1 juga merupakan angka terbesar sekali yang bermakna kita mahu melakukan dan memberi komitmen terbaik untuk negara. Inilah asas kita dan perjalanan kita masih lagi jauh kerana perjuangan membina negara tidak boleh berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000 rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini.

Program berkenaan dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; menteri-menteri Kabinet serta para pemimpin kerajaan negeri.

Perak merupakan negeri pertama yang dipilih Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia dan selepas ini akan dituruti oleh negeri-negeri lain.

Menurut Najib, Gagasan 1Malaysia sebenarnya bermula sewaktu semua kaum di negara ini sebagai satu keluarga menuntut kemerdekaan tanah air daripada British.

Jelas beliau, sebelum itu, semua kaum memainkan peranan demi keselamatan, keharmonian dan kemakmuran tanah air dalam menentang pengganas Komunis, mengerjakan lombong serta ladang-ladang.

Justeru, kata beliau, sudah sampai masanya negara mengiktiraf sumbangan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kata Najib, ia bukan bermakna kerajaan mahu mengambil hak kaum tertentu khususnya orang Melayu kerana hak tersebut telah terjamin di dalam Perlembagaan Negara.

‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan agama Islam.

‘‘Kerajaan pimpinan saya adalah untuk semua rakyat Malaysia, begitu juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak. Inilah keunikan dan keindahan Malaysia,” katanya.

‘‘Bila berurusan dengan negara China kita tahu budaya mereka, bila berurusan dengan India, kita kenal budaya mereka, begitu juga negara kepulauan Melayu atau Arab.

‘‘Akhirnya, 1Malaysia akan menjadi nilai ekonomi negara yang hebat kerana negara ini mempunyai perpaduan kaum yang cukup kuat,” katanya.

Katanya lagi, 1Malaysia bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai bidang seperti kejayaan dalam dunia sukan, sosial dan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Sumber Berita :

No comments:

Post a Comment