PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN UMNO NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH : 8 MEI 2010 / SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA, IPOH.
DIRASMIKAN OLEH :Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )
Anda adalah pengunjung yang ke
Sunday, May 9, 2010
Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Ng. Perak 2010
Monday, May 3, 2010
Pertandingan Bowling Antara Cawangan-Cawangan Pu3 UMNO Ipoh Timor
Puteri UMNO Ipoh Timor sekali lagi berpeluang mengadakan Pertandingan Bowling Pu3 antara Cawangan-Cawangan yang diadakan pada 2 Mei 2010 bertempat di Jaya Jusco, Ipoh. Acara yang mendapat sambutan ini sekali lagi mewujudkan suasana gembira yang mengeratkan Ahli Pu3 Cawangan dengan AJK Pu3 Bahagian Ipoh Timor yang sememangnya kekal dengan jalinan yang mesra.
Selain daripada itu, Pu3 UMNO Ipoh Timor juga turut menjemput wakil dari Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian menyertai acara pertandingan boling ini sekaligus memeriahkan acara.
Wednesday, April 14, 2010
Monday, March 29, 2010
Juara Rakyat - Bulan Pelajaran Peringkat Parlimen Ipoh Timor
Tuesday, March 9, 2010
PUTERI UMNO IPOH TIMOR NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING
Sempena Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Pertandingan Bola jaring Antara Puteri UMNO Bahagian-bahagian pada 7 Mac 2010 yang lalu. Sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Puteri UMNO Ipoh Timor telah menghantar sebanyak 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan berakhir lebih kurang jam 5.oo petang dengan menyaksikan perlawanan peringkat akhir di antara Pasukan Puteri Ipoh Timor (B) menentang Pasukan Puteri Parit. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Pasukan Puteri Parit dan sekaligus meletakkan Pasukan Puteri UMNO Ipoh Timor sebagai Naib Johan. Tahniah kepada Puteri-puteri Ipoh Timor....
Monday, March 8, 2010
JUARA RAKYAT PERINGKAT NEGERI PERAK DI SLIM RIVER
Bertempat di Tasek YDP Slim River, UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak bermula 5 hingga 7 Mac 2010. Pelbagai aturcara menarik telah disusunatur sepanjang 3 hari program berlangsung.
Manakala bagi setiap 24 UMNO Bahagian di dalam Negeri Perak ini, mereka telah diberi tugasan untuk menjayakan booth masing-masing dengan tema-tema tertentu yang telah ditetapkan bagi setiap 2 Bahagian yang digabungkan.
UMNO Bahagian Ipoh Timor dan Ipoh Barat telah diberi tema yang sungguh mencabar iaitu NGO & SWASTA. Akan tetapi, berkat usaha gigih kepimpinan kedua-dua bahagian untuk menjayakan program tersebut, booth ini telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori booth tercantik dan menarik. Syabas kepada kedua-dua bahagian.
Wednesday, March 3, 2010
PROGRAM RAMAH MESRA BAPA ANGKAT UMNO IPOH TIMOR
Sunday, February 21, 2010
PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN IPOH TIMOR
Saturday, February 6, 2010
SOLAT HAJAT PERDANA DAN JAMUAN BERSAMA RAKYAT PERAK
Bersempena menanti keputusan Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Dato' Seri Ir Nizar Bin Jamaludin pada 9hb Februari 2010 ini, kerajaan Barisan Nasional mengambil kesempatan untuk mengadakan Solat Hajat Perdana Bersama Rakyat Perak bagi umat Islam dan Jamuan Rakyat bagi pelbagai bangsa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran begitu ramai pelbagai jenis lapisan masyarakat. Walaupun keadaan hujan yang turun agak lebat, tetamu masih tidak berganjak untuk bersama-sama YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta kepimpinan Negeri Perak. Puteri UMNO Ipoh Timor juga tidak melepaskan peluang untuk turut bersama didalam majlis tersebut
Sunday, January 31, 2010
MAJLIS GRADUASI KURSUS 1PUTERI SANG SAKA BANGSA

Bertempat di Kem PLKN Kg Baharu (L) Ayer Tawar, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Graduasi Kursus 1Puteri Sang Saka Bangsa yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 683 peserta daripada ambilan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima kursus tersebut yang telah dijalankan sebelum ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan Siri 1 pada 4 Disember 2009 dan berakhir dengan Siri 5 pada 31 Januari 2010. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat Latihan UMNO Negeri Perak, YB Dato' Saarani Haji Muhammad.


Sunday, January 17, 2010
KARNIVAL UMNO JUARA RAKYAT PERINGKAT BAHAGIAN IPOH TIMOR


Karnival tersebut telah dimulakan pada sebelah pagi dengan acara Senamrobik Bersama Puteri diikuti dengan Majlis Pelancaran Persatuan Ibu Tunggal Cekal yang telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Mohd Raduan Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Ipoh Timur, Dato' Thong Fah Chong serta Ketua Pemuda MCA Ipoh Timur.Saturday, January 16, 2010
MAJLIS GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA ANJURAN BERSAMA PUTERI UMNO ZON KINTA
Puteri Tambun dan Gopeng berganding bahu bersama-sama mengacau bubur Asyura
Antara ahli-ahli Puteri Bahagian-bahagian yang terlibat menjayakan Majlis tersebut
Program yang bertujuan untuk memupuk semangat gotong royong di antara ahli-ahli Puteri dan masyarakat setempat ini telah dikendalikan oleh Puteri UMNO Bahagian Gopeng selaku tuanrumah dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Puteri UMNO Negeri Perak. Bubur Asyura yang telah siap dimasak kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk setempat.
Sunday, January 10, 2010
BENGKEL STRATEGI MENAWAN PENGUNDI MUDA
Sunday, January 3, 2010
SELAMAT MELANGKAH KE SEKOLAH...


Friday, January 1, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
































