SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Monday, March 29, 2010

Juara Rakyat - Bulan Pelajaran Peringkat Parlimen Ipoh Timor

Pada hari Sabtu - 27 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari, Ipoh sekali lagi UMNO Bahagian Ipoh Timor telah berjaya melaksanakan Program Juara Rakyat buat kali ke-3 dengan temanya kali ini "Pelajaran". Sekretariat Pelajaran UMNO Bahagian Ipoh Timor yang merupakan Jawatankuasa Penganjur program kali ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Pari telah mengatur pelbagai aktiviti yang bercirikan pendidikan terutamanya melibatkan pelajar-pelajar serta ibu bapa.


Program bermula seawal pagi dengan pelbagai gerai dan pameran yang dibuka khusus untuk para pengunjung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Azian bin Osman, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor. Di dalam majlis tersebut, YB Dato' turut menyampaikan sumbangan Dermasiswa Yayasan Perak kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan boria oleh pelajar-pelajar Sek Keb Kuala Pari (SKKP).


Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor sekali lagi tidak ketinggalan turut mengambil bahagian di dalam menjayakan Juara Rakyat - Bulan Pelajaran ini. Puteri telah menganjurkan Pertandingan Membaca Teks Jawi dan Bahasa Inggeris yang telah disertai seramai 31 orang peserta dari murid-murid Tahap 1 dan 2. Puteri juga turut membuat Tayangan Amal Filem 'Laskar Pelangi' yang mengisahkan kehidupan anak-anak orang miskin dalam mendapatkan pembelajaran.


Khemah Puteri yang sejak awal pagi menjadi tumpuan kanak-kanak begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti pendidikan yang dikendalikan oleh ahli-ahli Puteri seperti Permainan Scrabble, Tayangan Video Pendidikan, Puzzle, Mewarna dan sebagainya. Selain itu, Puteri juga telah membuat jualan amal buku-buku dan majalah-majalah terpakai serta buku-buku aktiviti yang telah diterbitkan oleh Puteri sendiri.


Acara-acara yang turut mengisi Program Juara Rakyat ini antaranya adalah Demonstrasi Masakan oleh Wanita, Kuiz yang dikendalikan oleh Pemuda, Pertandingan Menghias Kereta, Program Motivasi untuk Calon-calon PMR, Slot Teknik Menjawab Soalan untuk Calon-calon UPSR dan pelbagai lagi.
Majlis penutup yang berakhir lebih kurang jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh Ybhg Dato Raduan Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Sajak '1Malaysia' oleh wakil pelajar dari SKKP.

3 comments:

  1. Tahniah pu3 Ipoh Timor. Teruskan dgn prog n xtvt terancang dan fokus pd objektif pru13

    ReplyDelete
  2. Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    ReplyDelete
  3. satu soalan.. bolehke buat majlis politik di sekolah.. setahu saya ada larangan seperti itu.. atau larangan itu berkuat kuasa untuk parti lain selain BN...? atau sudah tiada lagi larangan seperti itu... sekian..

    ReplyDelete