SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Tuesday, January 20, 2009

AL FATIHAH...SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT


Pada 17.1.2009, UMNO Bahagian Ipoh Timor telah dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Abang sulung kepada Dato' Azian bin Osman iaitu Ahmad Supian bin Osman telah pulang ke rahmatullah akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama anak lelaki beliau, Hezzeq Sany bin Ahmad Supian. Ahmad Supian atau lebih dikenali dengan panggilan 'Yeop' di kalangan rakan-rakan begitu dekat di hati ahli-ahli UMNO Ipoh Timor. Pemergiannya amat dirasai kerana pada masa hayat beliau, beliau merupakan seorang yang begitu bersemangat dalam memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Beliau juga amat dikenali dengan sikap gurau sendanya yang membuatkan kita sentiasa merasa gembira jika beliau berada bersama. Semoga roh Allahyarham berserta roh anak beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.........




2 comments:

  1. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin!

    ReplyDelete
  2. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin!

    ReplyDelete