SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Thursday, October 15, 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MENIUP SEMANGAT GOLONGAN MUDA


Wanita, Pemuda, Puteri sifatkan amanat presiden bakar semangat

KUALA LUMPUR: Pemimpin tiga sayap Umno menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno pagi tadi, sebagai wadah permulaan bagi melakukan transformasi supaya parti diterima semua lapisan rakyat.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata impian Presiden parti untuk merakyatkan Umno akan diberi perhatian serius oleh pergerakan itu dengan pembabitan semua peringkat akar umbi."Ucapan presiden bakar semangat kami, ahli Umno dan kita semua mesti mara untuk harungi apa juga cabaran."Dua daripada isu yang dikupas presiden akan saya bawa ke dalam perjuangan Wanita, termasuk membina kekuatan minda dalam perjuangan," katanya.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, berkata ucapan presiden yang menyentuh soal 1Malaysia cukup jelas menggambarkan Umno bukan parti bersikap perkauman."Saya begitu tertarik dengan apa yang presiden katakan mengenai pengurusan bantuan yang perlu sampai kepada golongan berhak dan layak dan jangan kita beri bantuan kepada mereka tidak lagi layak."Apabila kita sudah ada kekuatan diri jangan kita ambil apa yang patut diberi kepada golongan yang perlu bantuan," katanya.

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata amanat Presiden yang mahu sifat kesukarelawan menjadi budaya di kalangan ahli perlu diterapkan kembali bagi memantapkan kedudukan sayap parti itu."Apa yang diucapkan Presiden mengenai semangat kesukarelawan ini selaras dengan apa yang kami bincangkan dalam perhimpunan Puteri semalam," katanya.

Sumber : Berita Harian

(Untuk teks penuh Ucapan Dasar YAB Presiden UMNO klik di sini

No comments:

Post a Comment