SELAMAT DATANG.....

Anda adalah pengunjung yang ke

Saturday, July 16, 2011

AL FATIHAH.....

Tanggal 15 Julai 2011 jam 12.15 tengahari adalah satu detik yang amat memilukan bagi keluarga Puteri UMNO Ipoh Timor kerana kembalinya seorang rakan seperjuangan menemui Pencipta Yang Maha Esa ......

Zalifah Kisman bukan sahaja ahli Puteri yang terkenal dengan komitmennya terhadap parti tetapi sebagai seorang sahabat dan kenalan, Allahyarhamah merupakan seorang yang mesra, baik hati dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakan-rakannya. Oleh kerana itulah, Allahyarhamah yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Ipoh Timor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Semenjak Allahyarhamah disahkan mengidap kanser payudara pada Ogos 2010, Allahyarhamah tidak pernah kenal erti putus asa malah sentiasa menunjukkan semangat yang kental dalam berjuang melawan penyakitnya. Bukan itu sahaja, malah semangat beliau itu sentiasa dikongsikan dengan rakan-rakan sehingga kadangkala kita terlupa bahawa beliau sedang sakit. Walaupun dalam keadaan sakit, beliau terus memberikan komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Puteri.

Puteri mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Kami mohon kepadaMu Ya Allah, sebagaimana beliau banyak berbuat kebaikan di dunia ini, maka Engkau berilah balasan sebaik-baiknya kepada Allahyarhamah...... Moga dirimu tenang di sana.... Zalifah Kisman, pergimu tiada pengganti.... AL FATIHAH

No comments:

Post a Comment